Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462783
Title: Kajian perbandingan kaedah penyediaan sampel keatas glikan intrasel daripada Saccharomyces cerevisiae
Authors: Muhamad Iqbal Jalaludin (P73091)
Supervisor: Muhammad Mukram bin Mohamed Mackeen, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Saccharomyces cerevisiae 0 -- Metabolism
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Apr-2017
Description: Pelbagai teknik pencirian dan pengenalpastian glikan (oligosakarida) telah dilaporkan dalam bidang glikomik berdasarkan analisis HPLC dengan penglabelan pendarfluor dan spektrometri jisim. Antara masalah besar dalam analisis glikan ialah kehadiran lebihan label selepas tindak balas terbitan dan kesesuaian kaedah pengekstrakan glikan. Sehingga kini, tiada kajian yang membandingkan teknik-teknik berlainan untuk mengurangkan label pendarfluor berlebihan dan sangat kurang yang mencirikan perolehan glikan menggunakan kaedah pengekstrakan yang berlainan (dari segi profil pemisahan, kandungan jumlah protein dan karbohidrat). Untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini, piawai dekstran dan glikan intrasel yang diekstrak daripada Saccharomyces cerevisiae masing-masing telah dipilih sebagai model kajian. Pendekatan HPLC-pendarfluor dengan penglabelan 2-aminobenzamida (2-AB) telah dipilih kerana penggunaannya yang luas berdasarkan analisis unit glukosa menggunakan pangkalan data GlycoBase. Bagi pengurangan label berlebihan, lima teknik berasaskan pengekstrakan fasa pepejal (SPE) (kromatografi interaksi hidrofilik/HILIC, penyisihan saiz/G10, fasa berbalik/C18, karbon grafit berliang/PGC, karbon teraktif/AC) dan pempartisian pelarut (etil asetat) yang dibandingkan telah menunjukkan bahawa G10 dan pempartisian pelarut memberikan pengurangan lebihan label yang paling ketara iaitu dengan lebih kurang 6000 kali ganda pengurangan. Perolehan oligosakarida bebas (fOS) daripada S. cerevisiae didapati jauh lebih tinggi daripada oligosakarida pautan-lipid (LLO). Justeru itu, sampel fOS telah digunakan untuk kajian perbandingan profil pengekstrakan glikan. Profil pemisahan telah diperolehi menggunakan analisis HPLC-pendarfluor. Beberapa kaedah pengekstrakan glikan yang piawai berasaskan SPE (HILIC, C18, ion pertukaran pencampuran/MBIE, PGC) dengan dua pilihan kos rendah iaitu Dowex (gred reagen) untuk MBIE dan AC untuk PGC yang dibandingkan menunjukkan: (1) C18 dan PGC memberi profil hasilan glikan yang baik, (2) HILIC dan C18 mempunyai kandungan jumlah protein yang paling rendah iaitu 1.11 dan 1.35 g/mL, (3) sampel mentah mempunyai kandungan jumlah karbohidrat paling tinggi iaitu 8.06 g/mL, dan (4) fOS mentah, MBIE, Dowex dan AC mempunyai kehadiran monosakarida yang sangat tinggi iaitu intensiti untuk setiap satu pengekstrakan tersebut melebihi 20000 unit pancaran (EU). Kajian ini menunjukkan pemilihan kaedah pengurangan lebihan label 2-AB dan pengekstrakan glikan yang sesuai akan mempengaruhi analisis glikomik yang dijalankan,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 130
Call Number: QK623.S23M845 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.