Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462781
Title: | Pencirian juzuk kimia daripada Dehaasia caesia, Dehaasia cuneata dan Johannesteijsmannia altifrons serta aktiviti biologinya |
Authors: | Noor Aziiraa Sabri (P76830) |
Supervisor: | Wan Yaacob Bin Wan Ahmad , Prof Madya |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Chromatographic analysis Lauraceae Botanical chemistry Medicinal plants Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Feb-2017 |
Description: | Kajian kimia dan aktiviti biologi dilakukan terhadap Dehaasia caesia (kulit batang), Dehaasia cuneata (kayu batang) dan Johannesteijsmannia altifrons (akar dan buah). Semua serbuk keringnya direndam dalam metanol, dituras dan disejat-putar bagi menghasilkan larutan metanol pekat. Larutan metanol ini dipartisi berturutan dengan n-heksana dan kloroform dan disejat-putar sehingga kering bagi memberikan ekstrak n-heksana, kloroform serta metanol. Pemisahan terhadap setiap ekstrak dilakukan dengan kromatografi cecair vakum, turus, dan radial. Struktur sebatian ditentukan dengan menggunakan spektroskopi RMN 1D dan 2D (HSQC, HMBC, COSY), UU-BN, IM dan spektrometri jisim. Sembilan sebatian berbeza telah ditulenkan; (1) Dehaasia caesia (kulit batang) menghasilkan empat sebatian tulen yang bernama 2′-metoksi-1′-propil-7-metil-9-oksidek-7-enoat (baru), metil stearat, metil palmitat dan stigmasterol, (2) Dehaasia cuneata (kayu batang) menghasilkan dua sebatian tulen iaitu 2-metoksi-4-metiltridek-4-en-3-on (baru) dan lupeol. Lima sebatian tulen telah dipencilkan daripada akar dan buah (3) Johannesteijsmannia altifrons iaitu dua sebatian tulen daripada akar; asid 2-[(1′E)-3′-hidroksil-1′-metil-1′-propen-1′-il]-6-metoksi-7-[(2′′-metilheptil)oksi]-5-benzofurankarboksilik (baru) dan stigmasterol dan tiga sebatian tulen daripada buah; β-sitosterol, γ-taraksasterol dan stigmasterol. Ekstrak dan sebatian tulen diuji untuk aktiviti antibakteria dan antioksida. Bagi aktiviti antibakteria, kesemua ekstrak menunjukkan aktiviti perencatan yang sangat lemah (zon perencatan 7 mm) yang diuji pada 30 μg/cakera. Kesemua sebatian tulen tidak menunjukkan sebarang aktiviti antibakteria terhadap B. thruriengiensis dan V. cholera. Sementara itu, nilai kepekatan perencatan minimum (KPM) yang diperolehi daripada kedua-dua ekstrak dan sebatian tulen adalah lebih rendah daripada nilai piawai kloramfenikol; 3.9 μg/mL (ekstrak) dan 0.12 μg/mL (sebatian tulen). Bagi aktiviti antioksida 1,1-difenil-2-pikrilhidrazil (DFPH), ekstrak metanol Dehaasia cuneata dan sebatian baru, asid 2-[(1′E)-3′-hidroksil-1′-metil-1′-propen-1′-il]-6-metoksi-7-[(2′′-metilheptil)oksi]-5-benzofurankarbosilik, mempamerkan aktiviti antioksida yang masing-masing paling tinggi (2.51 dan 1.40 μg/mL). Ekstrak menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih lemah daripada nilai piawai hidroksitoluena terbutil (HTT) (2.07 μg/mL) tetapi lebih kuat daripada asid askorbik (4.21 μg/mL). Sebatian tulen pula menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih lemah daripada kedua-dua nilai piawai asid askorbik (1.31 μg/mL) dan hidroksitoluena terbutil (HTT) (1.29 μg/mL),Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 141 |
Call Number: | QK495.L375N645 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121721+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.