Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462780
Title: | Penyingkiran metilena biru oleh hidrogel berasaskan asid akrilik dan pektin daripada kulit buah naga yang diisintesis melalui kaedah pempolimeran sinaran gamma dan gelombang mikro |
Authors: | Mohd Fadzlanor Abdullah (P64404) |
Supervisor: | Mohamad Azwani Shah Bin Mat Lazim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Pectin Dissertations, Academic -- Malaysia Pitahayas Methylene blue |
Issue Date: | 15-Aug-2017 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mensintesis hidrogel pintar yang berasaskan asid akrilik (AA) dan pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus). Dua kaedah pempolimeran telah digunakan iaitu sinaran gamma dan sinaran gelombang mikro. Pektin yang diekstrak ditulenkan dan dijadikan serbuk bagi memudahkan tindak balas taut silang dan pempolimeran. Bagi kaedah pempolimeran sinaran gelombang mikro, kalium persulfat dan N,N'-metilenabisakrilamida ditambah sebagai bahan pemula dan agen taut silang. Kaedah sinaran mempunyai tenaga yang tinggi, menghasilkan radikal bebas seperti OH•, H•, H2O2 dan H2. Kesemua radikal ini menyerang kumpulan berfungsi yang terdapat pada pektin dan AA, menggalakkan proses taut silang AA terhadap pektin. Polimer AA dicangkuk ke atas jaringan struktur pektin yang telah diekstrak dengan menggunakan etanol pada pH 1.5 dengan nisbah etanol (ER) 1:0.5. Sistem hidrogel dengan keupayaan pembengkakan paling optimum diperolehi dengan memanipulasi dos sinaran, nisbah pektin:AA dan pH. Keupayaan pengembangan terbaik ditunjukkan oleh hidrogel dengan sinaran gamma, AA-Pc(G) iaitu sebanyak 3025% pada pH 10, dos sinaran 10 kGy dan nisbah 2:3 manakala hidrogel dengan sinaran gelombang mikro, AA-Pc(MW) pula sebanyak 1976% pada pH 8 , dos sinaran 400W dan nisbah 2:3. Spektroskopi FTIR telah digunakan untuk mengenalpasti interaksi antara AA dan pektin yang diwakili oleh ikatan -C-O-C. Kehilangan serapan pada 1640 cm-1 membuktikan pemutusan ikatan ganda dua C=C dalam AA dan kehilangan 3260 cm-1 menunjukkan penyingkiran kumpulan hidroksil -OH. Berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh daripada ujian pembengkakan, kedua-dua hidrogel ini dijadikan sampel sebagai penjerap metilena biru (MB) dan dianalisis menggunakan spektrofotometer UV-VIS. Dalam bahagian ini, tiga parameter telah dimanipulasi iaitu pH (4,7,10) dan kepekatan larutan MB dan jisim hidrogel. Ujian penjerapan mendapati AA-Pc(G) menunjukkan keupayaan penjerapan tertinggi iaitu sebanyak 53-55% pada keadaan pH 8, 10 mg hidrogel dan 10 mg/L MB. AA-Pc(MW) pula menjerap 40-41% MB pada keadaan pH 8, 30 mg hidrogel dan 10 mg/L MB,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 97 |
Call Number: | QK898.P4M843 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.