Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462778
Title: | Struktur komuniti harvestmen (Arachnida: opiliones) merentas altitud yang berbeza di Malaysia |
Authors: | Fatin Elina Kamarulzaman (P58826) |
Supervisor: | Izfa Hazmi, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Arachnida -- Malaysia |
Issue Date: | 6-Mar-2017 |
Description: | Kajian harvestmen di Malaysia terutamanya dari aspek taksonomi telah bermula pada tahun 1970-an. Sehingga kini, sangat kurang kajian ke atas harvestmen di Malaysia telah dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai struktur komuniti harvestmen berdasarkan altitud yang berbeza dan menyediakan satu senarai semak harvestmen di Malaysia. Persampelan secara aktif di sepanjang denai dengan jarak 50m-300m di setiap lokasi telah dilakukan pada waktu siang dan malam di Hutan Lipur Lata Jarum (altitud 250m), koridor Raub-Bukit Fraser (500m dan 750m) dan Bukit Fraser (1000m). Sejumlah 893 individu harvestmen dari dua suborder, tiga famili dan 10 genus (Marthana, Zaleptus, Gagrella, Koyamaia, Dentobunus, Tithaeus, Tegestria, Hologagrella, Pasohnus dan Tarnus) telah direkodkan. Kajian ini telah merekodkan komposisi harvestmen bercorak unimodal iaitu meningkat daripada altitud bawah ke altitud tengah dan seterusnya menurun di altitud tinggi. Ujian Khi Kuasa dua menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam komposisi dan kelimpahan harvestmen pada altitud yang berbeza (χ2 = 321.988 dk = 27, p<0.05). Altitud 1000m mencatatkan nilai indeks Shannon (H'=2.10), Simpson (D'=0.84), Kesamarataan (E'0.67) dan Kekayaan (R'=2.83) yang paling tinggi manakala altitud 500m mencatatkan nilai indeks Shannon (H'=2.10), Simpson (D'=0.84) dan Kesamarataan (E'0.67) yang paling rendah. Analisis pengelompokan dua hala pada peratus kesamaan sebanyak 75% menghasilkan tiga kelompok pertindihan altitud iaitu Kelompok 1 (altitud 250m), Kelompok 2 (altitud 1000m) dan Kelompok 3 (altitud 500m dan 750m). Bagi pengelompokan morfospesies pula, terdapat juga tiga kelompok iaitu Kelompok 1 (morfospesies hadir pada altitud 500m), Kelompok 2 (morfospesies hadir pada altitud 250m) dan Kelompok 3 (morfospesies hadir pada altitud 1000m). Kajian ini telah berjaya menghasilkan satu senarai semak spesies harvestmen di Malaysia yang merangkumi 130 spesies daripada 10 famili dan 55 genus. Tujuh spesies harvestmen iatu Dentobunus luteus, Gagrella longipalpis, Hologagrella reticulata, Koyamaia curvipes, Marthana ferruginea, Tegestria seriata dan Zaleptus quadrimaculata telah berjaya direkodkan di beberapa lokaliti yang baru iaitu di Hutan Lipur Lata Jarum, Koridor Raub-Fraser, Bukit Fraser dan Pulau Langkawi. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan garis panduan bagi kajian ekologi harvestmen yang lebih terperinci di Malaysia pada masa akan datang,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 114 |
Call Number: | QL453.5.M4F347 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121707+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 766.86 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.