Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462776
Title: | Sintesis pencirian dan kajian kompleks platinum(II) dan zink(II) salfen sebagai bahan sensor bagi pembangunan biosensor bagi pembangunan biosensor optik DNA khinzir |
Authors: | Shahratul Ain Mohd Sukri (P69672) |
Supervisor: | Lee Yook Heng, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Fluorescence spectroscopy Biosensors |
Issue Date: | 2-Apr-2017 |
Description: | Pengadukan khinzir dalam makanan yang diproses untuk menggantikan daging lembu, ayam dan kambing merupakan prosedur biasa di kebanyakan negara kerana harganya yang murah. Kajian pengenalpastian kandungan khinzir dalam makanan telah berkembang pesat untuk memenuhi piawai makanan halal. Kaedah penyasaran DNA mitokondria khinzir merupakan teknik paling tepat bagi pengenalpastian unsur khinzir dalam makanan. Walau bagaimanapun, kaedah konvensional bagi pengesanan DNA khinzir adalah rumit dan memakan masa yang lama. Oleh itu, kaedah alternatif yang lebih pantas dan ringkas sangat diperlukan. Kajian literatur mendapati ligan terkoordinat pada pusat logam mampu menghasilkan molekul berbentuk satah dan meningkatkan keupayaannya untuk berinterkalasi di antara bes-bes DNA. Kompleks tak organik tersebut mempunyai beberapa kelebihan seperti pengawalan geometri, serta dapat diubahsuai dengan mudah melalui pertukaran ligan di sekitar logam. Oleh itu, dalam penyelidikan ini, potensi kompleks platinum(II) dan zink(II) salfen sebagai bahan sensor optik yang baru bagi biosensor DNA khinzir dikaji. Penyelidikan ini melibatkan sintesis sebatian kompleks Pt(II) dan Zn(II) salfen iaitu N,N'-bis-4-(hidroksisalisilidena)-fenilenadiamina-platinum(II); (1), N,N'-bis-4-(hidroksisalisilidena)-fenilenadiamina-zink(II); (4) dan empat terbitan novel baru yang mengandungi rantai sisi hidroksil N,N'-bis-[4-[[1-(2-hidroksietoksi)] salisilidena] fenilenadiamina-platinum(II); (2), N,N'-bis-[4-[[1-(2-hidroksietoksi)] salisilidena] fenilenadiamina-zink(II); (5), dan N,N'-bis-[4-[[1-(3-hidroksipropoksi)] salisilidena] fenilenadiamina-platinum(II); (3), N,N'-bis-[4-[[1-(3-hidroksipropoksi)] salisilidena] fenilenadiamina-zink(II); (6). Struktur kompleks dibuktikan melalui pencirian spektroskopi RMN 1H dan 13C, spektroskopi FTIR dan spektrometri jisim. Mod pengikatan dan interaksi kompleks dengan DNA dupleks (DNA khinzir dan CT-DNA) serta DNA bebenang tunggal dikaji melalui kaedah titratan DNA ultralembayung-boleh nampak (UL-BN) dan titratan DNA pancaran. Kesan bahan penukarganti terbitan hidroksil pada ciri-ciri spektrum dan sifat pengikatan DNA bagi kompleks Pt(II) dan Zn(II) turut dikaji. Dengan itu, struktur optimum yang menunjukkan pengikat DNA khinzir terbaik dapat dipilih untuk digunakan sebagai bahan sensor optik bagi biosensor DNA khinzir. Kompleks Pt(II) (1), (2) dan (3) didapati berinteraksi dengan DNA khinzir dupleks secara interkalasi dengan pemalar pengikatan, Kb =105 M-1 manakala kompleks Zn(II) (4), (5) dan (6) mempunyai mod pengikatan alur dengan pemalar pengikatan , Kb =104 M-1. Ciri-ciri spektrum pancaran serta perubahan sifat optik kompleks Pt(II) dan Zn(II) apabila berinteraksi dengan DNA khinzir dupleks dikaji dan menunjukkan kompleks Pt(II) (3) mempunyai potensi tertinggi sebagai bahan sensor optik DNA khinzir dengan nilai peningkatan pancaran sebanyak 57 %. Aplikasi kompleks (3) yang terpilih sebagai bahan sensor label interkalator optik serta fabrikasi kompleks ke atas bahan sokongan pepejal bagi pembangunan biosensor optik DNA khinzir dikaji dan dibincangkan. Hasil penyelidikan ini sangat berguna bagi penerokaan potensi penggunaan kompleks Pt(II) salfen sebagai bahan optik biosensor DNA yang baru, untuk pengesanan DNA khinzir dalam analisis produk makanan secara visual, pantas dan ringkas berbanding kaedah konvensional lain,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 206 |
Call Number: | QD96.F56S533 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121704+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.