Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462775
Title: | Ciri-ciri fizikokimia dan aktiviti perencatan enzim pengubah angiotensin (ACE-1) dalam hidrolisat sarang burung walit (Aerodrams fuciphagus) |
Authors: | Nurfatin Mohd Halimi (P69705) |
Supervisor: | Zalifah Mohd Kasim, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Angiotensin -- Physiological effect Protein hydrolysates Edible birds nests |
Issue Date: | 15-Aug-2017 |
Description: | Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang berkait rapat dengan penyakit jantung koronari. Penyakit ini berkait rapat dengan enzim pengubah angiotensin (ACE) kerana ia memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan memberi kesan antihipertensi. Perencatan ACE terutamanya menghasilkan kesan antihipertensi secara keseluruhan. Sarang burung walit (SBW) terdiri daripada rembesan mukus daripada kelenjar air liur beberapa jenis spesies burung walit. Komponen utama SBW adalah glikoprotein yang mempunyai ciri-ciri berfungsi unik berkaitan dengan kesihatan, tenaga, kecantikan dan dipercayai penawar bagi semua penyakit. Hal ini menjadikannya sumber yang baik sebagai peptida antihipertensi. Oleh kerana glikoprotein dan asid sialik adalah komponen utama SBW, penyelidikan mengenai peptida bioaktif dan glikopeptida SBW yang dihasilkan melalui hidrolisis berenzim telah dilakukan berhubung dengan sifat-sifat berfungsinya serta kesan perencatan ACE oleh sampel tersebut. Kajian ini melibatkan penentuan ciri-ciri fizikokimia SBW dan pengeluaran peptida bioaktif yang diperolehi daripada SBW (Aerodramus fuciphagus), dihidrolisis menggunakan tiga jenis enzim yang berbeza (alkalase, pankreatin dan papain) selama 0.5, 1, 1.5, 2, 2.5 dan 3 jam. Hasil kajian bagi komposisi pemakanan SBW mentah bagi protein, karbohidrat, kelembapan, abu dan lemak adalah 58.55%, 22.28%, 15.9%, 2.6% dan 0.67% masing-masing. Peratusan jumlah keterlarutan SBW mentah telah dikira berdasarkan dua faktor utama iaitu suhu dan pH memberikan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 88.87% pada pH air suling (pH 7) dengan suhu 100°C. Darjah hidrolisis (DH), kandungan peptida, kelarutan protein dan aktiviti perencatan ACE dalam peptida bioaktif hidrolisat SBW juga ditentukan. Bagi ketiga-tiga enzim proteolitik yang digunakan, kandungan peptida dan keterlarutan protein adalah berkadar terus dengan peningkatan DH. Penentuan jumlah asid amino perlu bagi SBW mentah tanpa pra-rawatan, SBW dengan pra-rawatan serta hidrolisat SBW daripada enzim alkalase, pankreatin dan papain masing-masing adalah sebanyak 47.69%, 49.82%, 48.70%, 50.94% dan 50.37%, menunjukkan bahawa SBW merupakan satu sumber protein yang baik yang dapat membekalkan asid amino perlu. Kajian mendapati bahawa hidrolisis menggunakan enzim alkalase selama 1 jam menyumbang kepada aktiviti perencatan ACE yang terbaik sebanyak 86.24% (IC50 = 0.02 mg protein/ml). Analisis elektroforesis, SDS-PAGE menunjukkan bahawa bahawa hidrolisat dengan berat molekul ≤ 3 kDa memberi kesan perencatan ACE yang lebih tinggi berbanding berat molekul 3-10 kDa bagi ketiga-tiga jenis hidrolisat (alkalase, pankreatin dan papain) iaitu masing-masing sebanyak 61.87% (IC50 = 0.46 mg/ml), 52.78% (IC50 = 0.46 mg/ml) dan 40.54% (IC50 = 0.48 mg/ml). Oleh itu, hidrolisat protein atau peptida yang dihasilkan daripada SBW menunjukkan aktiviti perencat ACE yang tinggi dan boleh digunakan sebagai bahan tambah dalam produk makanan untuk mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 109 |
Call Number: | QP572.A54N846 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121703+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.