Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462772
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamed Rozali Othman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRazarul Naim Roslan (P46254)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:34Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:34Z-
dc.date.issued2012-01-05-
dc.identifier.otherukmvital:121509-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462772-
dc.descriptionKajian terhadap taburan serta korelasi sebatian aktif permukaan (surfaktan) anionik dan kationik di antara lapisan mikro permukaan laut (LMPL) dengan aerosol halus (saiz diameter < 1.5 µm) serta zarahan kasar (saiz diameter > 1.5 µm) telah dijalankan di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia. Sebanyak tiga kali persampelan telah dijalankan di 11 substesen di sekitar pantai Selat Melaka. Kepelbagaian aktiviti yang berbeza telah dipilih sebagai empat lokasi stesen persampelan utama. Surfaktan anionik dan kationik masing-masingnya dianalisis melalui kaedah kolometri menggunakan spektrometer ultra lembayung-boleh nampak (UV-Vis) selepas sampel diekstrak sebagai sebatian aktif metilena biru (MBAS) dan sebatian aktif disulfina biru (DBAS). Kajian susulan yang bertujuan mengukuhkan ramalan sumber kehadiran surfaktan dalam alam sekitar turut dijalankan, iaitu melalui pengesanan sebatian organik dalam kedua-dua medium sampel. Analisis dijalankan dengan menggunakan kromatografi gas-spektrometer jisim (GC-MS) setelah sampel LMPL dan aerosol masing-masingnya diekstrak melalui pengekstrakan cecair-cecair dan pengekstrakan pepejal-cecair. Hasil kajian menunjukkan julat kepekatan surfaktan anionik (MBAS) dan kationik (DBAS) dalam LMPL di stesen-stesen kajian adalah antara 0.02 - 1.44 µmolL-1 dan 0.01 - 1.16 µmolL-1. Faktor antropogenik di stesen-stesen persampelan didapati lebih mempengaruhi kepekatan surfaktan di dalam sampel LMPL. Bagi kepekatan surfaktan dalam zarahan pula, kepekatan surfaktan anionik (MBAS) dan kationik (DBAS) berada pada kepekatan yang tinggi dalam zarahan halus dengan julat kepekatan masing-masing antara 25.81 - 467.04 pmolm-3 dan 2.46 - 137.05 pmolm-3. Ujian korelasi bagi mengkaji hubungan kepekatan surfaktan di dalam sampel LMPL dan zarahan pula mendapati bahawa hanya surfaktan kationik dalam aerosol kasar yang berkorelasi secara positif dan signifikan dengan surfaktan dalam LMPL (p < 0.05). Hasil analisis sebatian organik menunjukkan sebatian yang dapat dikesan dalam kedua-dua medium ialah asid karboksilik, ester asid lemak, steroid, alkana dan terbitan amina. Daripada hasil kajian ini, perkaitan antara sebaran surfaktan dalam LMPL dan kedua-dua saiz aerosol tidak dapat ditentukan dengan jelas, dengan hanya surfaktan kationik daripada LMPL yang berkorelasi positif dengan surfaktan dalam aerosol kasar. Kehadiran surfaktan didapati lebih signifikan dipengaruhi oleh aktiviti yang berbeza termasuk aktiviti antropogenik dan semulajadi di sekitar stesen persampelan dan kesan aktiviti-aktiviti ini telah berjaya dibuktikan melalui penentuan sebatian organik dalam sampel.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectOcean-atmosphere interaction-
dc.subjectEnvironmental protection-
dc.titleAnalisis surfaktan dalam lapisan mikro permukaan laut (LMPL) di sekitar Selat Melaka-
dc.typetheses-
dc.format.pages135-
dc.identifier.callnoTP994.R349 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002769 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121509+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
28.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.