Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462769
Title: Kajian anatomi dan mikromorfologi daun spesies terpilih daripada genus Schefflera Forst. & Forst
Authors: Noor Syaheera Mohd Yunus (P69565)
Supervisor: Noraini Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Araliaceae
Leaves -- Anatomy
Leaves -- Morphology
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Aug-2015
Description: Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas dua puluh spesies Schefflera Forst. & Forst. (Araliaceae) termasuk 10 spesies yang baru ditemui. Kajian ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk tujuan pengecaman spesies dan sebagai data sokongan untuk pengelasan genus kajian. Ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang diperolehi daripada kajian digunakan untuk membina kekunci pengecaman spesies Schefflera yang dikaji. Kaedah yang digunakan dalam kajian anatomi ialah kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor, penjernihan dan kikisan epidermis daun. Kaedah bagi kajian mikromorfologi epidermis daun pula melibatkan teknik saduran emas, titik pengeringan kritikal dan cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian menunjukkan terdapat persamaan dan variasi pada ciri anatomi dan mikromorfologi daun. Lapan ciri umum anatomi daun berjaya dicerap iaitu corak peruratan tengah daun dengan trakeid bengkak, kehadiran stomata, jenis stomata, bentuk stomata, kehadiran lapisan sel hipodermis pada lamina, kehadiran sel dan salur rembes, kehadiran dua salur rembes pada kedudukan abaksial dan adaksial berkas vaskular lamina serta bentuk luaran petiol. Variasi ciri anatomi dan mikromorfologi daun dilihat pada corak ukiran kutikel epidermis daun, corak dinding antiklin, jenis lilin, corak tisu vaskular petiol dan tulang daun, kehadiran bintil kanji, kehadiran hablur dan drus, bilangan lapisan hipodermis, kehadiran sel sklerenkima, kehadiran sel sklerenkima-floem, kehadiran sel arenkima, kehadiran dan jenis trikom, saiz stomata, bentuk luaran tulang daun, bentuk luaran dan lenturan tepi daun serta corak peruratan tepi daun. Lima corak tisu vaskular petiol dan empat corak tisu vaskular tulang daun telah dikenal pasti dan kedua-dua ciri ini mempunyai nilai taksonomi yang tinggi bagi perbezaan spesies. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan sokongan terhadap pengelompokkan kesemua spesies Schefflera kajian dalam genus yang sama dan menunjukkan perkaitan antara spesies dalam genus Schefflera terutamanya bagi spesies baru yang ditemui. Penemuan kajian ini menunjukkan ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi dan berguna untuk pengecaman, pembezaan dan pengelasan terutama pada peringkat spesies bagi genus Schefflera kajian.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana (Sains)
Pages: 272
Call Number: QK495.A6853N645 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121436+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
800.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.