Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462764
Title: | Modifikasi kitosan penyediaan hidrogel poli (N-isopropilakrilamida/O-nitrokitosan) |
Authors: | Noriah Abdul Rahman (P58619) |
Supervisor: | Sharina Abu Hanifah, Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Tissue Engineering Chitosan |
Issue Date: | 2-Aug-2016 |
Description: | Poli(N-isopropilakrilamida) (PNIPAAm) merupakan hidrogel pintar kerana sifatnya yang peka terhadap suhu dan gabungannya bersama kitosan dan terbitannya semakin banyak dikaji pada masa kini. Potensi hidrogel berasaskan NIPAAm dan terbitan kitosan, Onitrokitosan (NC) dikaji. Selain itu, kesan kehadiran agen taut silang dalam pembengkakan dan nilai suhu kritikal bawah larutan (LCST) hidrogel dianalisis. Onitrokitosan disintesis terlebih dahulu melalui medium beralkali dan kemudiannya digunakan dalam penyediaan hidrogel berasaskan N-isopropilakrilamida (NIPAAm) dan NC. Beberapa komposisi hidrogel dengan peratus berat yang berbeza disediakan; 80:20 NIPAAm: NC (N1); 90:10 NIPAAm: NC (N2) dan 100:0 NIPAAm (N3), manakala hidrogel dengan kehadiran agen taut silang; 80:20 NIPAAm: NC (M1); 90:10 NIPAAm: NC (M2) dan 100:0 NIPAAm (M3). Hidrogel dihasilkan secara refluks selama 5 jam pada 70°C. Kehadiran NO2 sebagai puncak baru ditunjukkan dari spektrum ATR/FTIR bagi terbitan kitosan, iaitu amida I, amida II dan amida III. Selain itu, regangan baru C-N pada puncak 1154 dan sekitar 1170 cm-1 terhasil daripada pempolimeran di antara NH dari NC dan CH2 dari PNIPAAm. Analisis NMR pula menunjukkan enam karbon bagi kitosan dan NC. NC turut mengekalkan bilangan karbon yang sama disebabkan tiada pertambahan dan kehilangan karbon dilakukan semasa proses terbitan kitosan dilakukan. Kesemua sampel menunjukkan penguraian secara dua peringkat, iaitu pengewapan air dan penguraian rantai. Perbezaan yang ketara pada bagi Tg N1 dan N2, membuktikan bahawa ikatan kovalen di antara keduanya memberikan kestabilan terma yang lebih tinggi. Peratus pembengkakan hidrogel N1 pada suhu 25°C adalah lebih tinggi (961 %) berbanding dengan N3, PNIPAAm (33.5 %). Hal ini membuktikan kehadiran NC dalam PNIPAAm telah meningkatkan keupayaan hidrogel menyerap air berbanding dengan PNIPAAm. Hidrogel M3 pada suhu 25°C menunjukkan penyerapan air yang paling tinggi, 645 % berbanding hidrogel M1 dan M2, 391 % dan 236.1 %. Hal ini menunjukkan kehadiran agen taut silang telah menjadikan hidrogel padat dan mengehadkan kemasukan air. LCST bagi hidrogel N1, N2 dan N3 (tanpa agen taut silang) didapati sekitar 32-34°C manakala LCST bagi hidrogel M1, M2 dan M3 (dengan agen taut silang) melebihi 40°C. Walaupun kehadiran agen taut silang tidak membantu menaikkan peratusan pembengkakan dan pengecutan hidrogel, namun kehadirannya telah memberikan kesan yang signifikan dalam peningkatan nilai LCST. Mikrograf SEM kitosan dan NC mempamerkan tekstur yang licin dengan liang kecil manakala hidrogel N1, N2 dan N3 mempunyai liang yang lebih banyak. Permukaan bagi hidrogel N1 kelihatan lebih tumpat dan sekata mengesahkan percampuran NC dan PNIPAAm yang homogen.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Sains) |
Pages: | 109 |
Call Number: | QP702.C5N646 2016 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121086+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.