Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462761
Title: Status pemakanan dan kecergasan fizikal dalam kalangan anggota bomba penyelamat di Selangor
Authors: Nor Atiqah Rahimi (P75961)
Supervisor: Razalee Sedek, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Physical fitness -- nutritional aspects
Health behavior
Nutrition surveys -- Selangor
Issue Date: 16-Jan-2017
Description: Anggota bomba sering terdedah kepada persekitaran yang bahaya dan tekanan kerja yang memerlukan mereka sihat secara fizikal dengan komposisi tubuh yang baik dan tahap kecergasan fizikal yang tinggi. Kajian hirisan melintang ini dijalankan untuk menentukan komposisi tubuh, tahap aktiviti fizikal, pengambilan makanan serta tahap kecergasan fizikal anggota bomba penyelamat. Kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara parameter-parameter yang dikaji. Kajian dijalankan daripada bulan Ogos hingga November 2015 terhadap 330 anggota bomba penyelamat berumur 20 hingga 50 tahun daripada sembilan buah balai bomba yang dipilih secara rawak di Selangor. Pengukuran antropometri termasuk berat, ketinggian dan ukurlilit pinggang dilakukan. Pengukuran komposisi tubuh dijalankan dengan menggunakan kaedah bioimpedens. Pengambilan makanan ditentukan dengan menggunakan kaedah ingatan diet 24 jam selama tiga hari. Penilaian tahap aktiviti fizikal diukur menggunakan borang soal selidik aktiviti fizikal antarabangsa (IPAQ). Kecergasan dinilai menggunakan ujian kecergasan fizikal dan ujian kecergasan aerobik. Hasil kajian menunjukkan min umur, berat, tinggi, indeks jisim tubuh, ukurlilit pinggang dan peratus lemak tubuh adalah 32.3 ± 8.8 tahun, 74.5 ± 12.2 kg, 169.4 ± 5.3 cm, 25.9 ± 3.8 kg/m2, 87.6 ± 10.5 cm dan 25.8 ± 6.2% masing-masing. Sejumlah 44.8% mempunyai berat badan berlebihan dan 13% adalah obes. Sejumlah 75.5% subjek mempunyai tahap lemak tubuh yang tinggi. Sejumlah 34.8% subjek mempunyai ukurlilit pinggang ≥ 90 cm dan dikira berisiko tinggi terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes. Majoriti subjek iaitu 66% mengambil makanan pada lewat malam dengan kekerapan satu hingga tiga kali seminggu. Sejumlah 42.6% subjek melakukan senaman atau bersukan sekurang-kurangnya 20 minit sekali dengan kekerapan sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Bagi kumpulan umur 20 hingga 29 tahun, min pengambilan tenaga, protein, karbohidrat dan lemak adalah 2678 ± 533 kcal, 102.5 ± 41.8 g, 380.1 ± 81.7 g dan 85.5 ± 28.8 g manakala kumpulan umur 30 hingga 50 tahun adalah 2664 ± 528 kcal, 99.4 ± 30.2 g, 383.4 ± 91.6 g dan 82.9 ± 25.0 g masing-masing. Min pengambilan tenaga, protein dan mikronutrien subjek bagi kedua-dua kumpulan umur adalah memenuhi saranan RNI Malaysia (2005) kecuali pengambilan vitamin D dan vitamin C serta pengambilan kalsium dan vitamin A bagi kumpulan umur 30 hingga 50 tahun. Secara keseluruhan, min skor MET subjek adalah 3154.5 ± 2072.9 MET-minit/minggu dengan hampir separuh iaitu 52.7% subjek mempunyai tahap aktiviti fizikal sederhana. Kesemua komponen ujian kecergasan fizikal mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.001) dengan peratus lemak tubuh, IJT dan berat badan bagi subjek berumur 20 hingga 39 tahun manakala hanya ujian mendagu mempunyai hubungan signifikan (p<0.05) dengan IJT dan berat badan bagi subjek berumur 40 hingga 50 tahun. Keputusan mendapati terdapat hubungan signifikan negatif yang lemah antara pengambilan protein (p<0.05), karbohidrat (p<0.01) dan niasin (p<0.05) dengan ujian bangkit tubi, pengambilan riboflavin (p<0.01) dan niasin (p<0.05) dengan ujian lompat jauh berdiri serta pengambilan zat besi (p<0.05), niasin (p<0.05) dan vitamin C (p<0.01) dengan ujian mendagu. Pengambilan karbohidrat (p<0.05), kalsium (p<0.01), zat besi (p<0.01) dan niasin (p<0.05) didapati mempunyai hubungan signifikan dengan IJT. Kesimpulannya, komposisi tubuh, IJT, berat badan dan pengambilan makanan mempunyai hubungan dengan komponen kecergasan fizikal. Hasil kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk merancang program kesihatan dalam kalangan anggota bomba.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana
Pages: 173
Call Number: RA781.N646 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121052+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.