Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462759
Title: Sintesis pencirian kompleks platinum(II) salfen dan platinum(II) bipiridina sebagai bahan sensor optik bagi pengesanan DNA khinzir
Authors: Norhidayah Selamat (P74511)
Supervisor: Nurul Huda Abd Karim, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Fluorescence spectroscopy
Optical spectroscopy
Chemical detectors
Issue Date: 1-Mar-2017
Description: Pengadukan daging khinzir dalam makanan yang diproses untuk menggantikan daging lembu, ayam dan kambing telah menjadi prosedur yang biasa di kebanyakan negara. Oleh itu, kaedah pengesanan yang khusus dan peka perlu dibangunkan untuk mengenalpasti bahan tersembunyi terutamanya daging khinzir di dalam makanan diproses. Walaupun terdapat banyak kaedah konvensional pengesanan DNA khinzir yang dihasilkan kini, namun kebanyakannya melibatkan kaedah penyediaan yang rumit. Oleh itu kajian ini menyediakan alternatif baru yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan kompleks logam platinum sebagai bahan sensor DNA khinzir berpendarflour yang pantas dan boleh dilihat. Penyelidikan ini memfokuskan kepada sintesis kompleks platinum(II)-N,N'-bis-5-(hidroksisalisilidin)-fenilindiamin (1) dan kompleks platinum(II)-2,9-bis(2-hidroksifenil)-2,2'-bipiridil (2) yang dihasilkan melalui tindak balas pengkompleksan di antara ligan salfen N,N'-bis-5-(hidroksisalisilidin)-fenilindiamin (3) dan ligan bipiridina 2,9-bis(2-hidroksifenil)-2,2'-bipiridil (4) dengan logam garam platinum(II) klorida. Kesemua ligan dan kompleks logam dicirikan dengan menggunakan teknik analisis spektroskopi Resonans Magnetik Nukleus (RMN) 1H dan 13C, spektroskopi inframerah (IR), spektrometri jisim, analisis takat lebur dan spektroskopi ultra-lembayung boleh nampak (UL-BN). Kajian titratan DNA UL-BN kemudian dilakukan bagi menilai interaksi sebatian terhadap DNA ganda dua dengan membandingkan kekuatan ikatan DNA terhadap ligan dan kekuatan ikatan DNA terhadap kompleks menggunakan Calf Thymus DNA (CT-DNA). Hasilnya, kompleks (1) dan (2) didapati terikat lebih kuat dengan CT-DNA secara interkalasi melalui pertindihan π-π dengan bes DNA dengan pemalar pengikatan (1) Kb=(8.8±0.4)x105 M-1 manakala (2) Kb=(3.1± 0.02)x105 M-1 berbanding ligan (3) Kb=(1.15±0.8)×104 M-1 dan (4) Kb=(1.19±0.08)×103 M-1. Berdasarkan kekuatan pengikatan kompleks (1) dan (2) terhadap CT-DNA, kajian interaksi kompleks terhadap DNA khinzir kemudiannya dilakukan seterusnya menilai keupayaannya sebagai interkalator optik dalam pengesanan DNA khinzir. Sensor optik DNA khinzir ini dibangunkan dengan menggunakan mikrosfera poli-butil akrilat-N-akriloksuksinimida (nBA-NAS) sebagai matriks pemegunan prob DNA. Pengukuran keupayaan bahan sensor DNA dijalankan melalui kaedah pantulan. Kompleks (1) didapati memberikan keamatan pantulan yang lebih baik terhadap penghibridan DNA khinzir berbanding dengan kompleks (2). Oleh itu, penilaian bahan sensor DNA khinzir diteruskan dengan menggunakan kompleks (1) sebagai interkalator optik. Dalam keadaan optimum, bahan sensor DNA menggunakan kompleks (1) ini memberikan nilai had pengesanan DNA khinzir pada 5.93x10-17 M dengan julat rangsangan linear 1x10-15 M hingga 1x10-9 M (R2=0.982). Kebolehasilan yang baik juga diberikan dengan sisihan piawai relatif (RSD) yang rendah iaitu sebanyak 5.87% (n=5) selain kebolehan penjanaan semula yang baik dengan RSD sebanyak 7.44%. Berdasarkan keselektifan bahan sensor terhadap DNA khinzir berbanding DNA lembu dan ayam, kompleks (1) didapati mampu menjadi interkalator optik yang baik dalam kajian ini untuk pengesanan penghibridan DNA khinzir.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana Sains
Pages: 159
Call Number: QD96.F56N646 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121050+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.