Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462756
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmanizan Ismail, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Faizan A. Shukor (P48553)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:26Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:26Z-
dc.date.issued2012-04-12-
dc.identifier.otherukmvital:120983-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462756-
dc.descriptionKajian ini memfokuskan kepada penghasilan metabolit sekunder dengan menggunakan sistem kultur ampaian sel. Medium Murashige dan Skoog bersama dengan pengatur pertumbuhan yang berlainan kepekatan telah digunakan dalam kajian ini untuk menjana penghasilan kalus dari daun Poligonum minus. Pengatur pertumbuhan asid asetik naftalena (NAA) pada kepekatan 2 mg/L, 4 mg/L dan 6 mg/L dan asid asetik 2 4-diklorofenoksi (2,4-D) pada kepekatan 2 mg/L, 4 mg/L, 6 mg/L, 8 mg/L dan 10mg/L telah digunakan untuk penjanaan kalus. Semua eksplan dari medium yang mengandungi hanya NAA didapati menghasilkan akar, manakala kalus yang berwarna keperangan didapati terhasil dari medium yang mengandungi 2,4-D sahaja selepas 5 sehingga 6 minggu. Medium kombinasi 2 mg/L 2,4-D + 4 mg/L NAA, 2 mg/L 2,4-D + 6 mg/L NAA dan 6 mg/L 2,4-D + 8 mg/L NAA memberikan peratusan pertumbuhan kalus yang tertinggi iaitu sebanyak 93.33%. Kalus tumbuh selepas 2-3 minggu pengkulturan dan kalus yang rapuh diperoleh selepas 3-4 kali pengsubkulturan. Kalus rapuh kemudian dipindah ke dalam medium cecair dengan pengatur pertumbuhan berbeza untuk memperoleh medium yang optimum bagi kultur ampaian sel. Pertumbuhan sel yang terbaik telah diperoleh dari medium yang mengandungi 1 mg/L 2,4-D + 2 mg/L NAA. Berat basah bagi sel mula meningkat secara eksponen selepas 5-10 hari pengkulturan dan mencapai berat maksimum sebanyak 26.71 g selepas 25 hari pengkulturan daripada 1 g berat permulaan. Penggunaan saiz inokulum yang lebih kecil iaitu 0.5 g pula didapati menunjukkan pertambahan berat basah yang lebih tinggi iaitu sebanyak 30.98 g yang dicatat pada hari ke-35 pengkulturan dalam medium yang sama. Kultur ampaian ini kemudian dianalisa dengan menggunakan Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GC-MS) untuk mengenalpasti sebatian metabolit sekunder yang dihasilkan. Analisis GC-MS ke atas kultur ampaian yang diekstrak menggunakan teknik pengekstrakan mikro fasa pepejal (SPME) tidak dapat mengesan sebarang sebatian yang terdapat dalam kultur ampaian sel. Walaubagaimanapun, pengekstrakan dengan menggunakan kaedah pelarut diklorometana memberikan hasil yang berbeza apabila beberapa sebatian berjaya ditemui dalam kultur ampaian dari kumpulan aldehid, keton, alkohol dan ester. Asid jasmonik (100 µM, 50 µM, 25µM, 5 µM) asid salisilik (100 µM, 50 µM, 25 µM, 5 µM), ekstrak yis (500 mg/L, 250 mg/L, 100 mg/L) dan manik kaca telah digunakan dalam kajian ini sebagai elisitor. Kultur ampaian telah dieram bersama elisitor selama 1, 2, 3 dan 4 hari. Jangkamasa pengeraman yang berbeza telah membawa kepada penghasilan metabolit berbeza. Beberapa sebatian telah dikenalpasti terdapat dalam kultur ampaian Polygonum minus apabila dieram bersama elisitor seperti 2-furankarboksaldehid,5-hidroksimetil, furfural, 4H-piran-4-one,2,3-dihidro-3,5-dihidroksi-6-metil dan 2-siklopenten-1-one, 2-hidroksi. Keputusan ini menunjukkan bahawa kultur ampaian sel Poligonum minus boleh digunakan sebagai platform penghasilan metabolit sekunder dan penggunaan elisitor serta jangkamasa pengeraman yang berbeza mempengaruhi penghasilan metabolit sekunder dalam kultur ampaian sel Polygonum minus,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPolygonum -- Molecular aspects-
dc.subjectPolygonaceae-
dc.titlePenjanaan kultur sel Polygonum Minus dan analisis metabolit sekunder yang diaruh elisitor-
dc.typetheses-
dc.format.pages102-
dc.identifier.callnoQK495.P78M8445 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002904 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120983+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
660.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.