Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462755
Title: | Perbandingan pengekspresan gen dalam eucheuma denticulatum dari Kudat danSemporna |
Authors: | Diana Mohd Nor (P28226) |
Supervisor: | Roohaida Othman, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Eucheuma -- Expression Red algae Gene expression |
Issue Date: | 13-Apr-2012 |
Description: | Rumpai laut merah, Eucheuma denticulatum merupakan sumber penting karaginan yang hidup di kawasan perairan Sabah. Faktor persekitaran amat mempengaruhi pertumbuhan serta metabolisme spesies ini terutama apabila berlaku serangan epifit dan patogen. Oleh yang demikian, untuk mengenal pasti gen yang diekspreskan spesifik dalam rumpai laut dari Kudat dan Semporna, dua perpustakaan cDNA subtraktif E. denticulatum iaitu spesifik Kudat dan spesifik Semporna telah dibina. Seterusnya pendekatan penanda jujukan terekspres (EST) digunakan untuk mengenal pasti gen yang diekspreskan. Penjujukan hujung 5' ke atas 4177 klon menghasilkan 2272 EST yang berkualiti, terdiri daripada 543 transkrip unik yang mengandungi 289 konsensus dan 254 EST tunggal. Analisis BLASTX menunjukkan 76.8% transkrip unik yang tidak dikenal pasti fungsinya dan 24.5% transkrip unik yang diketahui fungsinya. Melalui analisis Gene Ontology, fungsi transkrip unik dikelaskan kepada proses biologi (54.7%), fungsi molekul (32.8%) dan komponen selular (12.5%). Untuk membandingkan profil pengekspresan gen antara kedua-dua perpustakaan cDNA subtraktif E. denticulatum, jumlah bilangan kekerapan EST yang ditemui bagi setiap fungsi dibuat mengikut kategori. Kategori yang menunjukkan perbezaan signifikan adalah metabolisme, pertahanan dan tindak balas tekanan, transkripsi dan translasi, protein struktur, pengangkutan, hipotetikal serta tidak diketahui. Perbezaan pengekspresan gen yang diperhatikan menunjukkan E. denticulatum di kedua-dua tempat menerima rangsangan serta tekanan yang berlainan. Manakala hasil Real-Time PCR menunjukkan transkrip sulfohidrolase (SH), malat dehidrogenase (ST) dan protein ribosom (SQ) diatur naik bagi E. denticulatum dari Kudat. Ini menunjukkan bahawa E. denticulatum Kudat menghadapi tekanan persekitaran, namun begitu ia masih menghasilkan tahap karaginan yang tinggi ditunjukkan dengan pengekspresan transkrip SH yang diaruh naik. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat kualititatif serta kuantitatif yang boleh digunakan dalam kajian selanjutnya untuk meningkatkan pengeluaran spesies ini,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 173 |
Call Number: | QK569.R4 D498 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462755 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120981+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.58 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.