Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462753
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasidah Mohd Sidek, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorNurul Aiezzah Zakaria (P48561)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:25Z-
dc.date.issued2012-09-09-
dc.identifier.otherukmvital:120965-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462753-
dc.descriptionGlikogen sintase kinase 3 (GSK3), yang merupakan serin/treonin kinase aktif secara konstitutif, terlibat dalam pelbagai proses sel, dan dikaitkan dalam pelbagai penyakit termasuk infeksi parasit protozoa seperti Leishmania, Toxoplasma dan Plasmodium. Bagaimanapun, fungsi kinase ini dalam infeksi Plasmodium masih belum difahami. Kesan tiga perencat GSK3 terhadap perkembangan parasit Plasmodium secara in vitro dan in vivo telah diuji. Kesan perlakuan LiCl terhadap status pemfosfatan GSK3 perumah dan parasit dalam mencit terinfeksi-P. berghei juga turut dikaji. Penilaian terhadap kemandirian parasit menggunakan pengasaian Plasmodium laktat dehidrogenase (pLDH) menunjukkan bahawa LiCl berupaya untuk menindas perkembangan parasitemia kedua-dua P. falciparum 3D7 dan P. berghei NK65 dengan nilai IC50 masing-masing adalah 205.47 µM dan 219.16 µM. Kedua-dua parasit ini adalah lebih sensitif secara signifikan terhadap dua perencat spesifik GSK3, kenpaulon dan 6-bromoindirubin-3'-oksim (BIO), dengan nilai IC50 masing-masing 9.78 nM dan 9.42 nM terhadap P. falciparum 3D7; dan 9.51 nM dan 9.34 nM terhadap P. berghei NK65. Suntikan intraperitoneal selama empat hari berturut-turut terhadap mencit terinfeksi-P. berghei NK65 dengan perlakuan 100 mg/kg, 300 mg/kg dan 600 mg/kg LiCl merencatkan perkembangan parasitemia masing-masing sebanyak 62.06%, 85.67% and 85.18%, berbanding kawalan tanpa perlakuan. Perlakuan profilaksis menggunakan dos LiCl yang sama selama empat hari berturut-turut menghasilkan kesan kemopenindasan yang hampir sama, masing-masing sebanyak 68.13%, 84.07% dan 86.26% perencatan. Hanya dos tertinggi, 600 mg/kg LiCl, menunjukkan ketoksikan terhadap mencit normal dengan menyebabkan kematian tiga dari tujuh mencit dalam kumpulan yang sama. Analisis pemblotan Western menggunakan antibodi anti-GSK3β menunjukkan jalur imunoreaktif tunggal dalam setiap sampel hepar (~47 kDa) dan parasit (~55 kDa) yang disediakan dari mencit terinfeksi-P. berghei. Analisis Western menggunakan antibodi GSK3β terfosfat menunjukkan kehadiran jalur imunoreaktif pSer9 GSK3β dalam sampel hepar mencit terinfeksi seawal 5 jam sehingga 48 jam selepas suntikan keempat dan terakhir LiCl. Dalam sampel parasit mencit terinfeksi perlakuan LiCl, GSK3 terfosfat dikesan sehingga 24 jam selepas suntikan LiCl terakhir. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan GSK3 parasit sebagai sasaran berpotensi bagi drug antimalaria. Kajian selanjutnya terhadap perencat GSK3 selektif dan poten secara spesifik terhadap parasit P. falciparum, perlu diteruskan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectGlycogen synthase kinase-3-
dc.subjectGlycogen synthase kinase-3 -- Inhibitors-
dc.titleKesan perencat GSK3 ke atas perkembangan parasitemia plasmodium berghei secara in vitro dan in vivo-
dc.typetheses-
dc.format.pages152-
dc.identifier.callnoQP606.P76N847 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002640 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120965+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.