Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462752
Title: | Sintesis dan pencirian resin fenol formaldehid daripada kenaf tercecair |
Authors: | Saiful Bahari Bakarudin (P52498) |
Supervisor: | Sarani Zakaria, Prof Dr |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Phenolic resins Kenaf |
Issue Date: | 29-Mar-2012 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji proses penghasilan resin fenol formaldehid (PF) daripada teras kenaf. Proses boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama, iaitu pencecairan kenaf dan diikuti oleh proses resinifikasi. Teras kenaf dikisar kepada serbuk dengan saiz sekitar 20-200 mesh sebelum digunakan dalam proses pencecairan. Fenol digunakan sebagai medium pencecairan sementara asid sulfurik digunakan sebagai mangkin. Proses pencecairan kenaf dilakukan di dalam kelalang kaca yang dilengkapi dengan termometer, sistem kondenser dan pengacau mekanik. Keberkesanan proses pencecairan adalah bergantung kepada bahan mentah dan parameter yang digunakan. Empat parameter dikaji semasa melakukan proses pencecairan kenaf, iaitu masa, suhu, nisbah fenol kepada kenaf (nisbah F/K) dan peratus mangkin. Resin PF kenaf tercecair disintesis dengan menggunakan 10 g kenaf tercecair, 10 ml etanol (pelarut) dan 0.5 g natrium hidroksida (mangkin proses resinifikasi). Proses resinifikasi dilakukan pada suhu 80°C diikuti dengan penambahan 12 ml formaldehid secara titis demi titis ke dalam campuran dengan bantuan pengacau pada kelajuan 400 putaran per minit (rpm). Bagi tujuan perbandingan, resin PF jenis resol berasaskan 100 % phenol juga disediakan dengan menggunakan fenol gred industri. Analisis dijalankan ke atas sampel baki pencecairan kenaf untuk mengkaji sifat fizikal, kimia, morfologi, dan terma. Keputusan proses pencecairan kenaf menunjukkan bahawa sampel baki bagi pencecairan parameter peratus asid sulfurik 4 %, nisbah F/K 2.5/1.0, masa 90 minit dan suhu 170°C memberikan peratus penukaran yang paling optimum iaitu 89.04 % kenaf tercecair, kadar penguraian terma purata paling tinggi iaitu sebanyak 0.1026 bt%/°C. Analisis GCMS ke atas sampel kenaf tercecair membuktikan sebatian dan terbitan fenolik wujud di dalam hasil pencecairan kenaf. Sampel kenaf tercecair yang dihasilkan dengan nisbah F/K 2.5/1.0, suhu 170°C, masa 90 minit dan peratus asid sulfurik 3 % memberikan nilai peratus terbitan fenolik yang paling tinggi. Pencirian sampel resin PF tercecair kenaf dan resin resol lebih tertumpu kepada sifat terma. Kestabilan terma sampel resin di kaji melalui analisis TGA dan didapati sampel resin PF resol mempunyai baki yang paling tinggi pada suhu 600 °C, iaitu 63.20 % dan tenaga pengaktifan penguraian terma paling yang tinggi iaitu 26.87 kJ/mol. Sampel resin PF resol mengalami kadar penguraian terma paling rendah, iaitu sebanyak 0.555 bt%/°C.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 127 |
Call Number: | TP1180.P39S235 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120963+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 26.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.