Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462751
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Kiew Lian, Prof. Dr.
dc.contributor.authorIntan Azlinda Ramlee (P74581)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:23Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:23Z-
dc.date.issued2017-08-07
dc.identifier.otherukmvital:120938
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462751-
dc.descriptionParasit Eimeria dikenali sebagai penyebab penyakit koksidiosis yang membawa kerugian besar kepada industri ayam. Kefahaman tentang fungsi protein yang dirembes oleh parasit Eimeria dapat menyumbang kepada perkembangan kaedah kawalan yang lebih berkesan berikutan molekul-molekul ini adalah sebahagian daripada antara muka parasit-hos dan berinteraksi dengan komponen sel hos. Dalam kajian ini, protein rembesan oleh parasit Eimeria yang menjangkiti ayam telah dikenalpasti dan dicirikan. Protein rembesan ditakrifkan sebagai jujukan protein yang mempunyai peptida isyarat, tidak bertempat di dalam organel dan tidak mempunyai domain transmembran atau sauh glikosilfosfatidilinositol (GPI). Daripada sejumlah 56 547 jujukan protein dari tujuh spesies Eimeria, 5194 protein didapati mempunyai peptida isyarat. Analisis seterusnya menyingkirkan 83 jujukan protein apikoplas dan protein mitokondria, 1896 protein transmembran, 1010 protein bersauh GPI dan 190 antigen permukaan, protein mitokondria dan protein apikoplas yang terlepas semasa analisis peramalan sebelum ini. Secara keseluruhannya, 2436 protein rembesan berjaya diramalkan. Analisis penjajaran jujukan oleh BLAST menunjukkan bahawa sebahagian daripada protein rembesan Eimeria berpadanan dengan protein beranotasi dalam pangkalan data awam termasuklah protein mikronem, roptri dan granul yang padat. Majoriti protein rembesan Eimeria diramal terlibat dalam tapak jalan pengisyaratan seperti cGMP-PKG, kalsium, PI3K-Akt dan MAPK daripada pangkalan data KEGG. Ramalan Ontologi Gen oleh Blast2GO menunjukkan bahawa protein yang dirembes dapat dikaitkan dengan proses metabolik dan proses pengikatan protein serta bertempat dalam ruang ekstrasel. Pengenalpastian protein rembesan terpelihara dalam E. tenella, T. gondii, P. falciparum dan N. caninum menemui pelbagai jenis protease yang menunjukkan peranan pentingnya dalam proses pencerobohan sel, pemprosesan protein dan egres. Protein rembesan yang unik di dalam Eimeria sahaja adalah Eimeria specific protein yang mempunyai domain pengikat protein caperonin kejutan haba serta diekspres dalam sporozoit dan merozoit menunjukkan bahawa ia penting dalam proses pencerobohan sel. Analisis pemadanan jujukan protein rembesan Eimeria terhadap data transkriptom E. tenella mengenalpasti pelbagai jenis metiltransferase yang dilihat diekspres tinggi dalam tahap perkembangan oosita tersporulasi, sporozoit dan merozoit E. tenella. Pencirian yang lebih mendalam tentang protein rembesan Eimeria ini diharap dapat membangunkan sasaran menarik bagi mengawal penyakit koksidiosis ayam.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Sains)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectEimeria
dc.subjectCoccidia
dc.titlePengenalpastian dan pencirian protein rembesan daripada parasit Eimeria
dc.typetheses
dc.format.pages124
dc.identifier.callnoQL368.C59I546 2017 tesis
dc.identifier.barcode002946 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120938+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.