Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462750
Title: Hubungan kepadatan populasi elaeidobius kamerunicus dengan faktor biotik dan abiotik dalam ekosistem kelapa sawit
Authors: Syarifah Nadiah Syed Mat Daud (P78456)
Supervisor: Idris Abd. Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Elaeidobius kamerunicus
Oil palm -- Ecology
Issue Date: 20-Jan-2017
Description: Kajian mengenai kumbang pendebunga sawit Elaeidobius kamerunicus (EK) telah dijalankan di Ladang Kajian FELDA Agrikultur Servis Jerantut, Pahang dan di Lekir, Batu 14 Perak. EK dikenali sebagai serangga pendebunga yang paling berkesan mendebungakan sawit dan telah berjaya meningkatkan pendebungaan sehingga berlakunya peningkatan produktiviti sawit. Walau bagaimanapun pada 10 ke 15 tahun kebelakangan ini, produktiviti sawit telah menurun dan hal ini dipercayai berpunca dari ketidakcekapan EK dalam mendebungakan sawit. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuat penilaian semula tentang nilai keupayaan pendebunga sawit EK per ha dan untuk mengaitkannya dengan faktor pelbagai. Di FELDA Pahang, kepadatan populasi dikira menggunakan konsep keupayaan pendebunga dan ianya berjumlah antara 2096 hingga 13290 EK sehektar. Min EK per spikelet adalah dari 8.06 ± 1. 31 hingga 58. 55 ± 10.5. Hasil ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang bererti dan signifikan antara bulan pensampelan (F=7.28; dk=11,71; P<0.05) terhadap min bilangan EK per spikelet dan bilangan spikelet per tandan (F=2.76; dk=11,60; P<0.05). Tiada hubungan yang positif dan signifikan antara keupayaan pendebunga dan taburan hujan bulanan (r = 0.108, p> 0.05) , berat Tandan Buah Segar (TBS) (r = 0.196, P>0.05) dan set biji buah sawit yang terbentuk (r=0.992, P>0.05). Walau bagaimanapun, hubungan yang positif dan signifikan diperhatikan antara keupayaan pendebunga dan jumlah bilangan spikelet per tandan buah (r = 0.647, P<0.05) dan suhu (r = 0.664, P<0.5). Di Ladang Lekir, min bilangan EK per hektar adalah (612 ± 355) hingga (3847 ±1476). Hasil analisis ANOVA menunjukkan kedua-dua faktor kajian iaitu (bulan pensampelan dan umur sawit) serta interaksi antara keduanya tidak mempengaruhi secara signifikan (P>0.05) terhadap min bilangan EK. Namun, hasil ANOVA telah menunjukkan kesan yang signifikan terhadap min bilangan bunga jantan melalui faktor bulan (F=14.40; dk=4,20; P<0.05), faktor umur sawit (F=19.27; dk=1,20; P<0.05) serta interaksi antara kedua-dua faktor tersebut (F=2.52; dk=4,20; P<0.05). Tidak terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara min bilangan bunga jantan antesis dan min bilangan EK. Korelasi yang positif pula diperhatikan antara kepadatan EK dan bilangan antesis bunga betina (r = 0.938, P<0.05). Bagi hubungan antara umur berbeza dan hasil sawit, keputusan menunjukkan tidak terdapat korelasi yang positif dan signifikan antara kepadatan populasi EK pada plot berumur 8 tahun (r=0.521, F=1.11; df=1,4; p>0.05) dan plot berumur 4 tahun (r=0.421; F=0.65; df=1,4; p>0.05). Bagi kajian mortaliti dan pengeluaran progeni mengikut nisbah dan kepanjangan berbeza, hasil menunjukkan nisbah seks dan kepanjangan spikelet berbeza tidak mempengaruhi secara signifikan keatas peratus mortaliti EK. Namun, hasil interakasi kedua faktor tersebut menunjukkan kesan yang signifikan terhadap peratus mortaliti EK (F=5.95; dk=4,36; P<0.05). Kesan yang signifikan dilihat melalui faktor nisbah EK berbeza dan kepanjangan spikelet terhadap kedua-dua pengeluaran progeni jantan dan betina, namun interaksi antara kedua faktor tersebut tidak menunjukkan kesan signifikan terhadap pengeluaran progeni EK(P>0.05). Maklumat kajian ini adalah penting sebagai asas bagi mengaitkan populasi EK dengan klon kelapa sawit, jenis tanah kelapa sawit ditanam juga berkaitan bahan organik yang dilepaskan oleh bunga sawit.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Sains)
Pages: 80
Call Number: QL596.C9S973 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120920+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.