Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462748
Title: | Salutan polioretana-lignin daripada tandan kosong sawit sebagai perencat api papan serabut berketumpatan sederhana |
Authors: | Nur Syakilla Hassan (P69845) |
Supervisor: | Khairiah Haji Badri, Prof.Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Polyurethanes Fire resistant materials Dissertations, Academic -- Malaysia Solid waste |
Issue Date: | 15-Apr-2017 |
Description: | Serabut tandan kosong sawit (STKS) merupakan salah satu bahan buangan pepejal pertanian yang banyak terdapat di Malaysia. Dalam kajian ini, STKS digunakan untuk menghasilkan salutan poliuretana-lignin sawit sebagai perencat api ke atas papan serabut berketumpatan sederhana. Tiga jenis rawatan dijalankan ke atas STKS iaitu hidrolisis beralkali menggunakan larutan akues 10% (w/v) natrium hidroksida (NaSTKS), hidrolisis pengoksidaan menggunakan larutan akues 2% (v/v) hidrogen peroksida (H2O2-STKS) dan gliserolisis menggunakan larutan akues 70% (w/w) gliserol (Gli-STKS). STKS sebelum dan selepas rawatan dicirikan melalui analisis komposisi, analisis spektroskopi inframerah Fourier Transform (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), analisis kalorimetri imbasan kebedzaan (DSC), analisis mikroskopi imbasan elektron (SEM) dan analisis pembelauan sinar-X (XRD). Seterusnya, lignin terekstrak diperoleh daripada STKS terawat dan tidak terawat melalui hidrolisis berasid dan pengenapan filtrat. Perolehan lignin STKS tanpa rawatan adalah sebanyak 17.7% manakala Na-STKS, H2O2-STKS dan Gli-STKS masing-masing adalah sebanyak 9.0, 10.5 dan 12.5%. Sampel ini dibandingkan dengan lignin komersial melalui analisis spektroskopi FTIR, TGA, DSC dan analisis ultra lembayung boleh-nampak (ULBN). Lignin ditambah sebagai pengisi dalam resin poliuretana (PU). Resin PU dihasilkan daripada campuran poliol sawit (PKO-p) dan 4, 4-difenilmetana diisosianat (MDI) dalam pelarut aseton. Sebanyak empat sistem salutan PU dihasilkan iaitu PU tanpa lignin/ kawalan (PU), PU dengan 1% lignin (PU-Lig1), PU dengan 3% lignin (PU-Lig3) dan PU dengan 5% lignin (PU-Lig5). Spektrum FTIR mengesahkan kehadiran ikatan uretana yang merupakan ikatan utama dalam struktur poliuretana. Namun tiada puncak tambahan yang dikenal-pasti selepas penambahan lignin dalam sistem PU. Apabila 1% lignin ditambah ke dalam PU, kekuatan regangan tidak menunjukkan sebarang peningkatan (5.4 MPa) berbanding PU kawalan (5.5 MPa). Tetapi dengan penambahan 3% lignin, kekuatan regangan meningkat kepada 6.1 MPa dan menurun kepada 4.0 MPa apabila 5% lignin dimasukkan. Peningkatan kandungan lignin di dalam sistem salutan memberikan modulus regangan yang semakin meningkat. Dalam analisis kalorimetri bom, entalpi menurun dengan peningkatan kandungan lignin iaitu dari 34.3 MJ/kg bagi PU ke 33.2 MJ/kg bagi PU-Lig1, 32.7 MJ/kg bagi PU-Lig3 dan 32.2 MJ/kg bagi PU-Lig5. Selepas pengoptimuman, PU-Lig3 digunakan sebagai salutan ke atas papan serabut berketumpatan sederhana (MDF). MDF tersalut PU (MDF-PU) juga dihasilkan sebagai sampel kawalan. Melalui analisis lenturan, kekuatan lenturan yang dicatat bagi MDF, MDF-PU dan MDF-PULig3 masing-masing adalah 33.0 ± 0.63 MPa, 35.8 ± 0.81 dan 34.8 ± 0.66 MPa. Nilai modulus lenturan bagi MDF adalah 2910.7 ± 226.4 MPa. manakala bagi MDF-PU pula adalah 2885.3 ± 86.6 MPa dan MDF-PULig3 adalah 2291.5 ± 138.0 MPa. Dalam ujian kebakaran, analisis dijalankan ke atas lima sampel iaitu MDF, MDF-PU, MDF dengan salutan PU iaitu MDF-PULig1, MDFPULig3 dan MDF-PULig5. Nilai kadar kebakaran mengalami penurunan yang tidak begitu ketara apabila MDF dikenakan salutan PU-lignin bagi MDF, MDF-PU, MDFPULig1, MDF-PULig3, MDF-PULig5 masing-masing pada (46±8)×10-2 mm/s, (40±0.2)×10-2 mm/s, (41±1)×10-2 mm/s, (34±3)×10-2 mm/s dan (35±3)×10-2 mm/s. Salutan PU-Lignin pada penambahan 3% lignin berpotensi digunakan sebagai perencat api ke atas MDF.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Call Number: | TP1180.P8N877 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462748 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120918+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.41 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.