Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462746
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Rozaimi Jamaludin, Dr.
dc.contributor.authorMohd Fairoz Aflin Roslan (P89017)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:20Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:20Z-
dc.date.issued2020-01-12
dc.identifier.otherukmvital:120915
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462746-
dc.descriptionTapak sulaiman merupakan organisma keystone dalam ekosistem bentik. Namun kurangnya kajian di dalam bidang ini terutamanya di Malaysia menyebabkan terdapat satu jurang pengetahuan berkenaan haiwan ini. Kebanyakan kajian terdahulu berfokus kepada kepelbagaian dan taburan tapak sulaiman di kawasan terumbu karang, dengan beberapa kajian sahaja yang meliputi kawasan rumput laut. Kajian ini merekodkan spesies, kepelbagaian, taburan serta taksonomi secara genetik bagi tapak sulaiman yang dijumpai di kawasan rumput laut di estuari Sungai Pulai, Johor. Empat kawasan kajian telah dipilih iaitu Beting Merambong, Beting Tanjung Adang, Tanjung Bin dan Sungai Duku. Kaedah transek rayauan telah dijalankan untuk mendapatkan sampel tapak sulaiman di kawasan rumput laut tersebut. Spesies tapak sulaiman dikenal pasti melalui ciri-ciri morfologinya. Terdapat tujuh spesies tapak sulaiman yang telah dijumpai di kawasan estuari ini iaitu Anthenea aspera, Astropecten fasciatus, Astropecten sp., Goniodiscaster scaber, Luidia maculata, Protoreater nodosus dan Stellaster childreni. Spesies Archaster typicus yang pernah dijumpai semasa kajian terdahulu tidak dijumpai dalam kajian ini, namun kajian ini merekodkan dua spesies yang tidak dijumpai oleh kajian sebelum ini iaitu Anthenea aspera dan Astropecten fasciatus. Kesemua spesies ini telah dikenal pasti melalui sifat luarannya. Beting Merambong merekodkan kepelbagaian tertinggi sebanyak tujuh spesies manakala Tanjung Bin dan Sungai Duku merekodkan hanya satu spesies. Taburan terbanyak yang direkodkan adalah di Beting Merambong, iaitu sebanyak 80 individu dari spesies Protoreaster nodosus telah dijumpai. Indeks Shannon-Wiener dan Indeks Kepelbagaian Simpsons kedua-duanya menunjukkan nilai tertinggi di Beting Merambong, dengan nilai 1.6 dan 0.8 masing-masing. Bagi analisis genetik, sampel kaki tiub untuk 17 individu dari empat spesies telah diambil. Analisis genetik telah dijalankan hanya tertakluk kepada empat spesies sahaja berdasarkan jumlah spesies yang berjaya ditemui sewaktu persampelan bagi mengambil sampel tisu. Kesemua 17 sampel tapak sulaiman berjaya diekstrak dengan menggunakan kit Qiagen DNEasy Blood and Tissue Kit. Hasil dari penjujukan DNA mengesahkan spesies Protoreaster nodosus dan Stellaster childreni dengan 92% sehingga 99% kesamaan dengan spesies rujukan yang ada di dalam GenBank. Manakala spesies Goniodiscaster scaber dan Astropecten fasciatus tidak mempunyai rekod di dalam GenBank. Pembinaan pohon filogeni bagi semua sampel menunjukkan dua klad utama yang terpisah mengikut order masing-masing, dengan butstrap yang tinggi iaitu 100 bagi kedua-dua pohon Neighbour-Joining (NJ) dan Maximum Parsimony (MP). Nilai kebarangkalian posterior bagi pohon Bayesian Inference (MP) adalah 0.96. Setiap spesies pula terkelompok sesama sendiri dan membentuk subklad masing-masing. Bagi analisis pohon filogeni di antara sampel spesimen Astropecten fasciatus dan sampel Astropecten yang diambil dari GenBank, spesimen didapati berkelompok bersama Astropecten polyacanthus di dalam satu klad yang sama. Namun begitu, sampel didapati membentuk subklad yang tersendiri dan disokong dengan nilai butstrap yang tinggi, iaitu 100 bagi kedua-dua pokok NJ dan MP serta nilai kebarangkalian posterior adalah satu (1). Untuk analisis filogeni bagi order Valvatida, setiap spesies telah membentuk subklad masing-masing. Sampel spesimen dari spesies Protoreaster nodosus dan Stellaster childreni masing-masing membentuk satu subklad yang sama dengan sampel dari GenBank. Kajian ini telah memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan tapak iv sulaiman yang berada di perairan Malaysia terutamanya di kawasan rumput laut, selain telah menambahkan lagi rekod diversiti bagi tapak sulaiman di negara Malaysia.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertation
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectStarfishes -- Malaysia
dc.titleTaksonomi secara morfologi dan genetik, kepelbagaian dan taburan tapak sulaiman (echinodermata: asteroidea) di kawasan rumput laut estuari Sungai Pulai, Johor
dc.typetheses
dc.format.pages132
dc.identifier.callnoQL384.A8M634 2020 tesis
dc.identifier.barcode002934 (2020)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120915+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
24.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.