Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462744
Title: Peranan elemen kawasan perlekatan matriks (MAR) dan integrasi (IE) dalam penambahbaikan sistem pengekspresan sel mamalia
Authors: Nurul Atikah Ahmad (P58605)
Supervisor: Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Cell culture -- Laboratory manuals
Gene expression
Protein engineering
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Apr-2017
Description: Sel mamalia sering dijadikan hos bagi penghasilan protein rekombinan walaupun terdapat beberapa hos lain seperti yis dan bakteria. Namun begitu, kekurangan vektor pengekspresan sel mamalia yang berpotensi menyebabkan penyelidikan dalam menghasilkan sistem pengekspresan yang lebih cekap adalah amat diperlukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kecekapan vektor pengekspresan mamalia yang mengandungi elemen kawasan perlekatan matriks (Matrix Attachment Regions, MAR) dan integrasi (Integration Element, IE). Sebanyak 21 jujukan MAR yang diperoleh dari Syarikat Inno Biologics Sdn Bhd dianalisis menggunakan perisian CLC Genomics Workbench. Jujukan IE pula dikenal pasti daripada pangkalan data National Center for Biotechnology Information (NCBI). Melalui analisis bioinfomatik, jujukan MAR dan IE yang berpotensi telah berjaya dikenal pasti. MAR yang berpotensi kemudian dipencil daripada sel mieloma Mus musculus (NS0) manakala jujukan IE yang telah dikenal pasti pula disintesis. MAR dan IE kemudian diklon dan dijujuk. Kawasan enzim pencernaan yang sepadan dengan vektor pengekspresan ditambah pada hujung jujukan menggunakan kaedah sambungan tindak balas berantai polimerase (Extension PCR). Vektor yang berjaya dibina dinamakan pZAAM956 (MAR) dan pZAAH1C (IE) manakala vektor tanpa MAR dan IE (pZAAGFP) dan vektor komersil (phrGFP) sebagai kawalan. Kesemua vektor pengekspresan membawa gen protein berpendarfluor hijau (Green Flouresent Protein, GFP) yang mengekspres cahaya berpendarfluor hijau. Tranfeksi ke atas sel ovari hamster Cina (Chinese Hamster Ovary, CHO) dijalankan dengan menggunakan reagen transfeksi Lipofectamine® LTX. Analisis pengekspresan bagi transfeksi transien dijalankan 24 jam selepas transfeksi manakala bagi transfeksi stabil, analisis pengekspresan dilakukan pada setiap pasaj bermula dari pasaj satu hingga empat. Analisis pengekspresan dijalankan dengan menggunakan mikroskop konfokal dan spektrometer berpendarfluor. Analisis menggunakan pendekatan mikroskopi menunjukkan bilangan sel yang berjaya ditransfeksi dengan pZAAGFP, pZAAH1C dan pZAAM956 adalah melebihi 80%. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) dapat dilihat pada transfeksi stabil antara pZAAH1C dan phrGFP dengan peratus sel yang tertransfeksi oleh pZAAH1C lebih tinggi daripada phrGFP. Intensiti GFP bagi pZAAM956 mencatatkan intensiti yang tertinggi melalui pendekatan spektrometer berpendarfluor yang diukur pada panjang gelombang bagi pemancaran cahaya (emission) 506 nm dan cahaya keluar (excitation) 500 nm dengan kadar bilangan sel 1 x 105 sel/mL. Analisis ujian-t berpasangan menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara phrGFP dan pZAAM956 di mana intensiti GFP bagi pZAAM956 lebih tinggi daripada phrGFP. Bagi transfeksi stabil pula, analisis pengekspresan dilakukan pada pasaj satu hingga empat menunjukkan intensiti GFP yang dihasilkan oleh sel CHO yang ditransfeksi dengan pZAAH1C adalah lebih stabil dengan penurunan kadar intensiti GFP yang rendah jika dibandingkan dengan vektor pengekspresan lain. Kesimpulannya, ketiga-tiga vektor pengekspresan yang dibina berfungsi dengan pZAAM956 menunjukkan intensiti GFP yang tertinggi manakala pZAAH1C pula adalah paling stabil.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 168
Call Number: QH585.2.N846 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120888+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.