Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462742
Title: | Penggunaan elektrod komposit dalam penyahwarnaan air sisa industri tekstil melalui pengoksidaan elektrokimia |
Authors: | Norazzizi Nordin (P52475) |
Supervisor: | Mohamed Rozali Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Dissertations, Academic -- Malaysia Electrochemistry Industrial Electrochemical analysis Electrochemistry Water -- Purification |
Issue Date: | 3-May-2012 |
Description: | Air sisa industri tekstil perlu dinyahwarnakan terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke persekitaran kerana kandungan pewarna dan bahan kimia lain di dalamnya adalah tinggi serta berbahaya kepada alam sekitar. Kajian ini dijalankan bagi menyahwarnakan air sisa industri tesktil secara pengoksidaan elektrokimia menggunakan elektrod komposit dwilogam. Elektrod komposit dwilogam disediakan dengan mencampurkan dua jenis logam dalam peratusan komposisi yang berbeza bersama polivinil klorida (PVC) yang bertindak sebagai perekat. Logam yang digunakan dalam penyediaan elektrod adalah Ag, Al, Co, Cu, Ir, Ni, Pt, Sn dan satu semilogam iaitu C. Kajian kronokoulometri terhadap kesemua 22 elektrod yang dibina menunjukkan elektrod AgC-PVC (Ag+C) mampu menyahwarnakan larutan pewarna tekstil C. I. Reactive Orange 4 (RO4) tanpa menghasilkan mendakan. Kajian keupayaan linear V seterusnya dilakukan ke atas elektrod AgC-PVC dalam pelbagai nisbah komposisi Ag:C (0:100, 30:70, 50:50, 70:30 dan 100:0). Hasil kajian menunjukkan elektrod dengan nisbah komposisi 30:70 (dinamakan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5) memberikan nilai perubahan ketumpatan arus yang paling tinggi iaitu 3.555 mAcm-2. Kajian morfologi permukaan dan komposisi unsur dilakukan ke atas elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron Medan Pancaran (FESEM) dan Analisis Serakan Tenaga Sinar-X (EDX) bagi menganalisis permukaan elektrod sebelum dan selepas elektrolisis RO4. Mikrograf FESEM menunjukkan kehadiran liang-liang pada permukaan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 sebelum dan selepas elektrolisis RO4 yang dapat meningkatkan pengoksidaan elektrokimia RO4. Hasil kajian EDX pula menunjukkan perubahan komposisi unsur selepas elektrolisis RO4 yang mungkin berpunca daripada kakisan unsur ke dalam larutan. Pengoptimuman parameter operasi elektrolisis larutan RO4 menggunakan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 dilakukan bagi memaksimumkan penyahwarnaan dan penyingkiran permintaan oksigen kimia (COD) larutan tersebut. Kajian menunjukkan penyahwarnaan dan penyingkiran COD masing-masing adalah 99.12% dan 91.11% diperolehi bagi proses elektrolisis RO4 berkepekatan 200 mgL-1 menggunakan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5 dengan keupayaan 10 V selama 100 min dengan kehadiran 1.0 M NaCl sebagai elektrolit penyokong. Pengoksidaan elektrokimia terbukti dapat memutuskan kumpulan azo (-N=N-) pada struktur molekul RO4 merujuk kepada spektrum UV-Nampak RO4 selepas elektrolisis yang menunjukkan kehilangan sepenuhnya puncak pada panjang gelombang 391 nm yang mewakili kumpulan azo. Tahap penyahwarnaan air sisa industri tekstil juga diuji menggunakan spektrofotometer UV-Nampak yang menunjukkan kehilangan sepenuhnya puncak pada panjang gelombang 478 nm dan 605 nm selepas 100 min elektrolisis menggunakan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5. Pencirian ke atas air sisa industri tekstil dilakukan menggunakan parameter seperti permintaan oksigen kimia (COD), permintaan oksigen biokimia (BOD5), jumlah pepejal terampai (TSS), analisis surfaktan dan pH sebelum dan selepas elektrolisis. Kajian menunjukkan terdapat penurunan nilai COD, BOD5, TSS, analisis surfaktan dan pH selepas elektrolisis air sisa industri tekstil dilakukan menggunakan elektrod Ag28.5C66.5-PVC5.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Sains) |
Pages: | 122 |
Call Number: | TP259.N646 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120880+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.