Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462741
Title: | Penghasilan peptida bioaktif sarang burung walit (Aerodramus fuciphagus) melalui hidrolisis berenzim |
Authors: | Etty Syarmila Ibrahim Khushairay (P69704) |
Supervisor: | Abdul Salam Babji, Prof.Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Edible birds' nests Peptides Hydrolases |
Issue Date: | 15-Jul-2007 |
Description: | Sarang burung walit (SBW) merupakan rembesan mukus daripada kelenjar air liur beberapa spesis burung walit terutamanya spesis Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan peptida bioaktif daripada SBW dengan rawatan enzim; alkalase, pankreatin atau Protamex® sehingga 4 jam. Hidrolisis protein SBW dengan enzim pankreatin, alkalase atau Protamex® selepas 1.0, 1.5 atau 2.0 jam menghasilkan hidrolisat yang masing-masing dengan darjah hidrolisis (DH) 86.5 ± 2.54 %, 82.7 ± 1.92 % dan 77.9 ± 1.68 %. Hidrolisat SBW hasil rawatan ketiga-tiga enzim proteolitik tersebut didapati mempunyai kandungan peptida dan protein larut yang berkadar langsung dengan peningkatan DH. Ujian aktiviti antipengoksida (asai pemerangkapan radikal bebas DPPH dan ABTS; asai kuasa penurunan Fe3+ , FRAP) dan ujian antimikrob (kaedah penjerapan cakera) telah dilakukan terhadap hidrolisat SBW yang dihasilkan. Terdapat peningkatan bererti (p<0.05) ditunjukkan oleh kesemua ujian aktiviti antipengoksida hidrolisat SBW (alkalase, pankreatin dan Protamex®) berbanding SBW kawalan (tidak dirawat enzim). Aktiviti pemerangkapan radikal bebas DPPH yang tertinggi dicapai oleh hidrolisat rawatan setiap enzim adalah; alkalase (59.45 ± 0.78 %) pada masa hidrolisis 1.5 jam, pankreatin (49.49 ± 0.63 %) pada masa hidrolisis 1.5 jam dan Protamex® (49.75 ± 0.93 %) pada masa hidrolisis 2.0 jam, berbanding SBW kawalan (27.17 ± 0.19%). Aktiviti pemerangkapan radikal bebas ABTS pula mencatatkan bacaan aktiviti tertinggi dicapai oleh hidrolisat rawatan enzim alkalase, pankreatin dan Protamex® masing-masing pada 68.79 ± 0.25 µM TE (masa hidrolisis 1.5 jam), 62.53 ± 0.82 µM TE (masa hidrolisis 1.5 jam) dan 60.14 ± 0.56 µM TE (masa hidrolisis 2.0 jam), berbanding SBW kawalan (27.52 ± 0.46 µM TE). Aktiviti FRAP yang tertinggi dicapai oleh hidrolisat bagi setiap enzim adalah alkalase (0.57 ± 0.02)pada masa hidrolisis 2.0 jam, Protamex® (0.48 ± 0.02) pada masa hidrolisis 3.0 jam dan pankreatin (0.44 ± 0.04) pada masa hidrolisis 2.0 jam, berbanding SBW kawalan (0.27 ± 0.03). Walau bagaimanapun kesemua hidrolisat SBW yang terhasil tidak menunjukkan aktiviti antimikrob. Analisis ketoksikan (bioasai kemautan udang) mendapati hidrolisat SBW tidak menunjukkan kesan toksik dengan nilai LC50 melebihi 2000 ppm. Pencirian hidrolisat kepada pecahan berat molekul berbeza; >10 kDa, 10-3 kDa dan ≤3 kDa menunjukkan bahawa hidrolisat SBW yang menyumbang aktiviti antipengoksidaan tertinggi mempunyai berat molekul diantara 3-10 kDa. Dengan ini, hidrolisat protein atau peptida yang terhasil daripada SBW boleh diklasifikasikan sebagai bahan makanan berfungsi kerana mampu bertindak sebagai bahan antipengoksida walaupun tidak bersifat antimikrob.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 128 |
Call Number: | QP552.P4E868 2007 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.