Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462740
Title: Membran ENR/PVC/WASAP (FS) untuk rawatan efluen kilang kelapa sawit (POME)
Authors: Nur Farahein Hadina Ismail (P68890)
Supervisor: Rizafizah Othaman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sewage -- Purification
Palm oil industry -- Waste disposal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Mar-2019
Description: Efluen kilang minyak sawit (POME) yang tidak dirawat dengan sempurna dan dilepaskan ke sistem perairan akan menyebabkan pencemaran terutamanya kepada alam sekitar. Membran getah asli terepoksida (ENR), polivinil klorida (PVC) dan silika wasap (FS) dihasilkan dalam kajian ini pada skala kecil (SK) dan skala besar (SB) untuk merawat POME serta diaplikasikan menggunakan reaktor penurasan skala kecil dan besar. Membran ENR/PVC pada nisbah (60:40 wt%) dengan penambahan FS pada 5, 10 dan 15 wt% disediakan menggunakan kaedah pengadunan larutan dan pembalikan fasa. Pencirian membran adalah spektroskopi-inframerah (ATR-FTIR), mikroskopi imbasan elektron (SEM), analisis termogravimetrik (TGA), sudut sentuhan, serapan air dan ujian mekanikal. Fluks dan ketelapan POME diuji menggunakan reaktor penurasan kecil dan besar. Spektrum ATR-FTIR menunjukkan interaksi antara matriks ENR/PVC dengan FS. Mikrograf SEM menunjukkan membran ENR/PVC/10% FS mempunyai permukaan yang lebih licin dan liang yang homogen. Termogram TGA bagi membran SK dan SB menunjukkan kehadiran puncak penguraian ENR dan PVC serta kestabilan membran meningkat dengan penambahan FS namun menurun pada 15% FS kerana penggumpalan berlaku. Analisis sudut sentuhan SK dan SB menunjukkan membran semakin bersifat hidrofilik dengan pertambahan komposisi FS. Bagi penyerapan air, SK dan SB menunjukkan membran ENR/PVC/10% FS mempunyai serapan yang paling tinggi. Ujian mekanikal SK dan SB masing-masing menunjukkan tegasan maksima dan modulus Young meningkat sehingga penambahan 10% FS dan bagi terikan pada takat putus, nilainya menurun dengan peningkatan komposisi FS. Membran SK dan SB tidak menunjukkan perbezaan dalam hasil pencirian, yang berbeza hanyalah saiz membran yang dihasilkan dimana SB adalah 9 kali lebih besar dari SK. Penggunaan reaktor penurasan SB dengan membran SB dapat menghasilkan fluks air dan POME yang lebih efisyen dan tinggi berbanding SK. Keberkesanan rawatan POME bagi SK dan SB menunjukkan penurunan pada nilai keperluan oksigen biokimia (BOD), keperluan oksigen kimia (COD) dan jumlah pepejal terampai (TSS) iaitu bagi SK ialah 78 %, 99 % dan 60.5 % manakala SB ialah 59 %, 99 % dan 55 %. Perbandingan kromatogram ekstrak POME sebelum dan selepas rawatan daripada analisis kromatografi gas-spektrometri jisim (GCMS) menunjukkan sebatian minor daripada POME telah disingkirkan selepas rawatan. Daripada analisis-analisis yang dilakukan, membran ENR/PVC/10% FS dipilih sebagai membran yang berpotensi untuk rawatan POME terutamanya dalam jumlah yang banyak pada masa yang singkat. Prestasi rawatan boleh ditingkatkan dengan menambah ulangan rawatan sebelum dialirkan ke sungai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 119
Call Number: TP684.P3N834 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120801+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
672.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.