Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462737
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJumat Salimon, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorNorafizah Ahmad Shayuti (P38613)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:16Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:16Z-
dc.date.issued2012-08-02-
dc.identifier.otherukmvital:120759-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462737-
dc.descriptionKajian ini dilakukan bagi menghasilkan ester trimetilolpropana (ester TMP) yang mempunyai struktur seperti triasilgliserol (TAG) tetapi tanpa kehadiran hydrogen β. Bahan pemula dalam kajian ini adalah (asid lemak) ester metil (FAME) daripada tiga sumber minyak sawit; minyak sawit mentah (CPO), minyak sawit RBD (RBD POo) dan minyak gorengan terpakai (UFO). Produk yang dihasilkan dijangka penggunaannya sebagai minyak asas biopelincir. Kesemua minyak tersebut ditukarkan kepada FAME melalui tindak balas transesterifikasi bermangkin NaOH. Ketulenan FAME yang dihasilkan melebihi 98% dengan peratusan hasil sebanyak 80%. Tindak balas transesterifikasi antara FAME dan TMP bermangkinkan 1% asid sulfurik pekat (H2SO4) menghasilkan triester (TE) dan metanol melalui kaedah Dean & Stark. Tindak balas transesterifikasi optimum diperolehi pada suhu 180°C selama 5 jam. Peratusan TE yang terhasil adalah melebihi 97% dengan 5 puncak dominan dikenalpasti daripada kromatogram GC. Peratusan hasil yang tinggi ini berjaya mencapai objektif kedua dalam kajian ini. Pencirian sifat-sifat fiziko-kimia TE telah dilakukan dan masing-masing menunjukkan nilai peroksida (5.2-7 militara/kg), nilai iodin (40.7-54.3 gI2/100g), kandungan karoten (1.3-5.7 ppm), ketumpatan (869-876 kg/m3), nilai penyabunan (184-204 mg/g) dan kandungan kelembapan (0.08-0.11%). Pencirian sifat-sifat pelincir TE yang terhasil ialah kelikatan kinematik 10.3-11.3 cSt pada suhu 40 °C, 3.2-3.4 cSt pada suhu 100 °C, indeks kelikatan yang tinggi iaitu antara 183-188 dan kestabilan pengoksidaan menggunakan Kaedah Ujian Pengoksidaan Bekas Tekanan Berputar (RPVOT) menunjukkan kestabilan pengoksidaan sekitar 30 minit. Kestabilan pengoksidaan dengan kaedah Rancimat menunjukkan keputusan yang berbeza, iaitu 2.7 jam untuk triester UFO (UFOTE), 16 jam untuk triester minyak sawit RBD (RBD POoTE) dan 14.1 jam untuk triester minyak sawit mentah (CPOTE). Produk TE terhasil menunjukkan nilai takat awan (12.3-15.4 °C) dan takat tuang (9-15 °C) yang tinggi. Ujian kecalaran dengan menggunakan alat Ujian Pelantar Salingan Berfrekuensi Tinggi (HFRR) menunjukkan TE yang terhasil boleh menghalang kecalaran (167-248 μm), dengan UFOTE menunjukkan kecalaran yang terendah iaitu 167 μm. Ujian pengkakisan jalur kuprum mengesahkan kesemua TE boleh mengurangkan kakisan (1A). Secara amnya kajian ini menunjukkan TE yang terhasil sesuai digunakan sebagai minyak asas biopelincir.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectFatty acids-Synthesis-
dc.subjectLubrication and lubricants-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSintesis dan pencirian ester trimetilolpropana berasaskan ester metil asid lemak minyak sawit sebagai minyak asas biopelincir-
dc.typetheses-
dc.format.pages141-
dc.identifier.callnoQP752.F35N647 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002891 (2012)-
dc.identifier.barcode002709 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120759+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.