Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462735
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBohari M. Yamin, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorUmmi Habibah Abdullah (P57757)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:14Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:14Z-
dc.date.issued2013-12-12-
dc.identifier.otherukmvital:120747-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462735-
dc.descriptionNano ferum oksida yang diselaputi oleh mikrogel PNIPAM telah berjaya dihasilkan melalui kaedah pemendakan dengan menggunakan mikrogel PNIPAM sebagai templat dan agen salutan. Sumber logam ferum yang digunakan dalam kajian adalah garam ferosenium tetrakloroferat (III) berbanding garam ferum (III) klorida (FeCl3) atau ferum (II) klorida (FeCl2) yang biasa digunakan. Garam ini dihasilkan melalui tindak balas ferosena dengan butilstanum triklorida. Kajian sinar-X mendapati ia menghablur dalam sistem ortorombik dengan kumpulan ruang Pna21, a = 13.880 (5) Å, b = 8.778 (3) Å, c = 12.003 (4) Å, α = β = γ = 90° dan V = 1462.5 (9) Å3. Dalam larutan akueus campuran garam ferosenium dengan NaOH menghasilkan mendak dengan serta merta. Sebaliknya dalam larutan mikrogel PNIPAM pemendakan tidak berlaku dengan serta merta walaupun pada pH yang tinggi. Ini bererti satu sistem pengawalan kadar tindak balas berlaku dan seterusnya boleh dijadikan kaedah kepada untuk kawalan saiz dan bentuk zarah nano. Analisis mendak tidak semudah yang dijangkakan seperti sistem FeCl3/FeCl2 yang membentuk geotit, Fe(OOH), magnetit (Fe3O4) dan hematit (Fe2O3). Walau bagaimanapun gelang siklopentadiena telah terputus dan membentuk ferum oksida/hidroksida dalam kedua-dua larutan akueus dan mikrogel. TEM larutan akueus pada pH 10 menunjukkan zarah yang menggumpal. Sebaliknya larutan microgel menunjukkan zarah yang tersebar pada saiz purata 2.5 nm. Mikrograf SEM menunjukkan mendak yang terbentuk daripada akueus adalah berbentuk serbuk dan mendak daripada mikrogel berbentuk kepingan dengan permukaan yang licin. Ini membuktikan bahawa mendakan ferum oksida/hidroksida (FeO/OOH) diselaputi oleh mikrogel tersebut. Difraktogram XRD pula menunjukkan mendakan yang terhasil daripada larutan akueus dan mikrogel adalah bersifat amorfus. Pengkalsinan pada suhu 250 °C tidak memberi perubahan besar pada mendak daripada akueus. Walau bagaimanapun mendak mikrogel menunjukkan kemunculan 3 puncak pembalikan pada 2θ iaitu pada sudut 32°, 45° dan 56° yang tidak sepadan dengan difraktogram FeO, Fe(OH)3, FeOOH, Fe2O3 dan Fe3O4. Mikrograf SEM bagi mendakan daripada larutan akueus tersebut masih berbentuk bongkah-serbuk. Sebaliknya mendak daripada mikrogel memberikan butiran yang lebih seragam dan bersih. Pada pembesaran yang tinggi permukaan yang porus amat jelas kelihatan. Spektrum AFM bagi mendak daripada akueus menunjukkan butiran sfera yang bersaiz purata 295 nm. Mendak daripada mikrogel sebelum pengkalsinan mempamerkan morfologi yang berbentuk sfera dengan purata saiz 100 nm. Selepas dikalsinkan kedua-dua mendak daripada akueus dan mikrogel memberi penurunan purata saiz masing-masing kepada 30 nm dan 20 nm. Spektrum imbasan lebar XPS bagi kedua-dua sampel menunjukkan mendak FeO/OOH mengandungi unsur Fe, O, C, dan Na, tetapi mendak FeO/OOH daripada mikrogel mempunyai unsur tambahan iaitu N. Analisis pencocokan lengkung mendapati kemungkinan mendak daripada akueus mempunyai kehadiran Fe2+ dan Fe3+ berbanding dengan mikrogel hanya satu spesies ferum sahaja. Analisis XPS mengesahkan adanya ikatan antara Fe dengan O bagi kedua-dua sampel dan hanya sampel mikrogel menunjukkan ikatan Fe dengan N.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectNanochemistry-
dc.subjectIron oxides-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleSintesis nano ferum oksida daripada degradasi garam ferosenium tetrakloroferat dalam sistem mikrogel-
dc.typetheses-
dc.format.pages117-
dc.identifier.callnoQE389.5.U465 2013 tesis-
dc.identifier.barcode002723 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120747+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.