Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462734
Title: Stereologi kuantitatif permukaan patahan bagi aloi aluminum AA6061 dan AA6063
Authors: Noor Elisurianie Salehudin (P41494)
Supervisor: Azman Jalar, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Stereology
Aluminum alloys
Dissertations
Academic-Malaysia
Issue Date: 1-Jun-2012
Description: Stereologi kuantitatif merupakan satu set kaedah penganggaran parameter morfologi bagi objek tiga dimensi untuk mengukur parameter kuantitatif terhadap bahan pada keratan satah dua dimensi. Stereologi digunakan dengan meluas dalam bidang-bidang tertentu contohnya dalam aplikasi kejuruteraan sivil. Dalam sains bahan, bidang ini tertumpu pada penggunaan stereologi dalam analisis keratan satah dua dimensi. Dengan peningkatan teknologi digital mikro tiga dimensi, maka bidang stereologi kuantitatif mungkin boleh digunakan secara langsung dalam analisis mikrostruktur sains bahan. Stereologi kuantitatif dalam sains bahan dapat memberikan peluang penerokaan tiga dimensi berkaitan sifat fizik dan mekanik yang biasanya dianalisis secara kualitatif ataupun dua dimensi. Bagi struktur patahan logam, kebiasaannya nilai kualitatif seperti mod patahan digunakan untuk menggambarkan patahan. Mod patahan diperolehi secara langsung daripada ujian impak Charpy yang dikenakan terhadap sampel. Kajian ini cuba mendapatkan perkaitan mod patahan dengan penilaian kuantitatifnya bagi aloi aluminum. Parameter stereologi kuantitatif digunakan dalam kajian ini ialah purata kekasaran, nisbah galas dan dimensi fraktal. Dua jenis aloi aluminum iaitu AA6061 dan AA6063 telah digunakan sebagai sampel. Aloi aluminum yang terdiri daripada komposisi kimia Al-Mg-Si-Cu merupakan aloi yang sering digunakan secara meluas terutama dalam aplikasi kejuruteraan dan pembinaan. Rawatan haba dikenakan kepada sampel sebelum diuji dengan ujian impak Charpy. Rawatan haba menyebabkan mikrostruktur dengan sifat mekanik yang berbeza. Penentuan sifat mekanik ini dapat ditentukan dengan menggunakan ujian kekerasan. Ujian kekerasan diuji menggunakan penguji kekerasan Vickers. Pemerhatian visual terhadap patahan dilakukan untuk mengenalpasti mod patahan secara kualitatif. Permukaan patahan dianalisis menggunakan profilometer optik dengan kemampuan penganggaran stereologi kuantitatif. Hubungan nilai tenaga impak dan nilai stereologi kuantitatif permukaan patahan dihubungkait untuk mendapatkan korelasi sifat kualitatif dan kuantitatif patahan. Korelasi positif wujud antara tenaga impak dan nilai stereologi kuantitatif iaitu purata kekasaran, nisbah galas dan dimensi fraktal. Keputusan ini memberi implikasi bahawa stereologi kuantitatif seperti purata kekasaran, nisbah galas dan dimensi fraktal boleh dipertimbangkan untuk menggambarkan aspek kualitatif patahan aloi aluminum,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 205
Call Number: Q175.N646 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120740+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.