Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462733
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSoo Kai Wai (P52499)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:13Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:13Z-
dc.date.issued2012-09-12-
dc.identifier.otherukmvital:120737-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462733-
dc.descriptionDalam kajian ini, busa tegar poliuretana (BTPU) telah dihasilkan dengan menggunakan poliol berasaskan minyak isirong kelapa sawit yang merupakan bahan mesra alam dengan 4,4-difenilmetana diisosianat (MDI). Kajian sifat fizikal, sifat mekanik, sifat terma, sifat rintangan api dan pemeriksaan morfologi ke atas busa tegar poliuretana berpengisi Cloisite 30B, zarah nano fosfonium monmorilonit (P-MMT) dan komposit hibrid berpengisi P-MMT dengan aluminium fosfinat telah dijalani. Tanah liat P-MMT yang dirawat dengan garam fosfonium dihasilkan di makmal dengan menggunakan kaedah pertukaran kation dalam air. Pencirian P-MMT ini dilakukan dengan menggunakan infra-merah (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-X(XRD), mikroskop elektron pancaran (TEM) dan mikroskop imbasan elektron (SEM). Keputusan yang diperolehi daripada sampel poliuretana ini adalah berbeza-beza mengikut penambahan pelbagai jenis pengisi dan komposisi pengisi yang berlainan. Komposit nano poliuretana dan komposit hibrid telah menunjukkan sifat mekanik, suhu degradasi dan kestabilan dimensi yang lebih baik berbanding poliuretana tulen. Ujian kestabilan dimensi yang dijalankan pada suhu tinggi (70°C) dan suhu rendah (-25°C) telah menunjukkan peratusan pengembangan dan pengecutan yang masing-masing kurang daripada 1%. Spektrum FT-IR BTPU telah menunjukkan kehadiran pengisi Cloisite 30B, P-MMT dan aluminium fosfinat tidak mengubahkan struktur kimia BTPU. Mikrograf TEM bagi komposit hibrid telah menunjukkan struktur lapisan tanah liat yang terkelupas. Komposit hibrid juga menunjukkan sifat anti pembakaran yang lebih baik daripada komposit berpengisi Cloisite 30B dan berpengisi P-MMT di mana komposit hibrid mempunyai kadar nyalaan dan nilai entalpi pembakaran yang rendah. Mikrograf SEM telah membukitkan kehadiran pengisi tanah liat serta taburannya dalam BTPU,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic-Malaysia-
dc.subjectPolyurethanes-
dc.subjectPolymers-
dc.titleSifat fizikal, makanik dan terma komposit nano poliuretana berasaskan minyak isirong kelapa sawit-
dc.typetheses-
dc.format.pages83-
dc.identifier.callnoTP1180.P8S598 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002650 (2012)-
dc.identifier.barcode002881 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120737+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.