Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462732
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIsmanizan Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMuhamad Hafiz Che Othman (P52508)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:13Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:13Z-
dc.date.issued2012-09-18-
dc.identifier.otherukmvital:120730-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462732-
dc.descriptionKajian ini dijalankan bagi memencilkan gen kotak-F Polygonum minus 1 (PmF-box1) dan mencirikan protein putatif kotak-F ini. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji respon PmF-box1 terhadap fitohormon asid jasmonik (JA) dan asid salisilik (SA) dan kesannya terhadap penghasilan sebatian meruap daun hijau (SMDH) melalui aktiviti lipoksigenase (LOX) dan alkohol dehidrogenase (ADH). Jujukan penuh bagi cDNA PmF-box1 sepanjang 2765 nukleotida telah diperoleh manakala protein putatif bersaiz 487 asid amino telah dicirikan. PmF-box1 mengandungi satu intron pada huluan gen di luar kawasan pengkodan. Keputusan penjajaran jujukan amino asid protein kotak-F di antara 12 spesies menunjukkan homologi yang rendah pada terminal-N (pada kedudukan amino acid 26-138 PmF-box1) dan homologi yang tinggi pada kedudukan amino asid 139-486. Protein putatif PmF-box1 tergolong dalam kumpulan “Kelch repeat containing F-box protein” (KFB) kerana mempunyai domain kotak-F pada terminal-N nya (pada kedudukan 146-185) dan dua domain kelch pada terminal-C nya (pada kedudukan 269-315 dan kedudukan 317-364). Model struktur protein putatif PmF-box1 menunjukkan protein ini berupaya membentuk struktur tertiari kipas β yang terdiri daripada 6 bilah yang penting dalam interaksi protein-protein. PmF-box1 menunjukkan corak pengekspresan yang berbeza setelah dirawat dengan 150 μM JA dan 150 μM SA. Protein PmF-box1 telah berjaya diekspreskan daripada sel E.coli. Gen PmF-box1 diekspres dengan tinggi pada daun dan batang berbanding akar pada keadaan biasa. Apabila rawatan 150 μM JA dijalankan ke atas daun dan batang pokok kesum, kandungan transkrip PmF-box1 meningkat 3.7 kali ganda setelah 3 jam dan menurun selepas 6 jam sebelum meningkat semula sehingga 24 jam sebanyak 3.9 kali ganda dan berkekalan sehingga 48 jam. Rawatan 150 μM SA tidak menunjukkan sebarang rencatan terhadap pengekspresan PmF-box1 apabila kandungan transkrip kekal pada tahap yang rendah sehingga 72 jam di mana ia meningkat 3 kali ganda. Apabila kesum dirawat dengan kombinasi 150 μM JA dan 150 μM SA, tahap transkrip meningkat kepada 2.7 kali ganda selepas 3 jam dan kemudian menurun pada jam ke-6 sebelum naik sehingga 7.2 kali ganda selepas 48 jam. Keputusan ini mencadangkan PmF-box1 terlibat dalam tindak balas terhadap tekanan biotik dan abiotik kesum melalui pengisyaratan JA. Kesan sinergistik SA pula disebabkan oleh kepekatan SA yang rendah. Terdapat korelasi yang tinggi (R=0.90 ± 0.05) antara corak pengekspresan PmF-box1 dengan PmADH11 menunjukkan PmF-box1 terlibat dalam mempengaruhi pengekspresan gen PmADH11 dan penghasilan SMDH Polygonum minus. Terdapat perbezaan yang bererti pada penghasilan heksanal dan 2-heksenal antara tumbuhan yang dirawat dengan 150 μM JA dan kombinasi150 μM JA dan 150 μM SA, berpadanan dengan peningkatan pengekspresan gen PmLOX yang lebih tinggi dalam daun yang dirawat dengan kombinasi 150 μM JA dan 150 μM SA. Keputusan ini menunjukkan bahawa penghasilan aldehida 6 karbon ini dipengaruhi oleh pengekspresan gen PmLOX. Penurunan yang signifikan berlaku pada penghasilan SMDH dalam kesum yang dirawat dengan 150 μM SA setelah 72 jam walaupun terdapat peningkatan dalam pengekspresan ketiga-tiga gen. Keadaan ini mungkin kerana penghasilan heksanal tidak dikawal pada peringkat transkrip PmLOX dan PmADH11 atau mungkin berlakunya penyahaktifan protein hidroperoksi liase (HPL) oleh SA dalam tapak jalan penghasilan SMDH ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectPolygonum -- Genetic aspects-
dc.subjectPolygonum -- Molecular aspects-
dc.subjectMolecular biology-
dc.titlePemencilan dan pencirian gen kotak-F polygonum minus serta profil pengekspresannya dalam penghasilan sebatian meruap daun hijau-
dc.typetheses-
dc.format.pages145-
dc.identifier.callnoQK495.P78M844 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002708 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120730+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.