Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462731
Title: Sintesis, pencirian dan kajian awal aktiviti biologi kompleks Ni(II), Co (II) dan Cu(II) tiosemikarbazon
Authors: Nur Nadia Dzulkifli (P52447)
Supervisor: Yang Farina Abdul Aziz, Prof. Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Thiosemicarbazones
Ligands (Biochemistry)
Issue Date: 16-Aug-2012
Description: Tiosemikarbazon mempunyai peranan penting dalam perkembangan kimia koordinatan dan kajian biologi ke atas kompleks logam. Dalam tugasan ini, satu siri ligan tiosemikarbazon telah berjaya disintesiskan dan dicirikan iaitu benzaldehid tiosemikarbazon, benzaldehid-, p-klorobenzaldehid- dan salisilaldehid 4- feniltiosemikarbazon yang diringkaskan sebagai L = Hbtsc, ph-Hbtsc, ph-HClbtsc dan SaOHtsc. Beberapa sebatian kompleks telah diperolehi melalui tindak balas di antara ligan dan garam logam Ni(II), Co(II), Cu(II) dan Cd(II). Kompleks Ni(II) mempunyai formula molekul; NiL2 dan Ni(NH3)L manakala untuk kompleks Cd(II) ialah CdCl2L dan CdClL, di mana L ialah ligan yang sepadan. Kompleks Co(II) dan Cu(II) mempunyai formula molekul; CoL2 dan CuL2 di mana L ialah ligan yang sepadan. Analisis unsur bagi sebatian ligan dan kompleks mematuhi dengan nilai teori. Spektrum IR untuk sebatian kompleks CdCl2L dan CdClL telah menunjukkan jalur serapan pada julat 3200-3490 cm-1 dan 3120-3160 cm-1 yang mewakili frekuensi regangan ν(N1 -H) dan v(N2-H). Ketiadaan jalur yang merujuk kepada v(N2-H) dalam spektrum bagi sebatian kompleks Ni(NH3)L, NiL2, CoL2 dan CuL2 disebabkan pernyahprotonan ligan semasa pengkompleksan berlaku. Ukuran kerentanan momen magnet menunjukkan bahawa kompleks Ni(NH3)L, NiL2, CoL2 dan CuL2 mempunyai sifat diamagnet maka sebatian kompleks ini sesuai dilakukan analisis RMN. Isyarat pada julat 10-12 ppm yang mewakili N2H dalam spektrum 1H-RMN bagi ligan tidak hadir dalam spektrum kompleks disebabkan pernyahprotonan ikatan N2H dan pengkoordinatan dengan logam pusat. Anjakan kimia bagi ikatan C=S ke medan yang lebih tinggi muncul sekitar 176 ppm dalam spektrum 13C RMN mengesahkan bahawa pengkoordinatan berlaku melalui atom sulfur tiolat. Kristalografi sinar-X bagi ligan ph-HClbtsc menunjukkan bahawa ligan tersebut apabila dalam keadaan pepejal wujud sebagai bentuk tion di mana panjang ikatan C=S ialah 1.675(4) Å. Ligan tersebut menghablur dalam sistem monoklinik, a = 15.082(5), b = 6.560(2), c = 15.205(5) Å, Z = 4, α = 90, β = 110.272(8) dan δ = 90°. Sebatian kompleks Ni(NH3)L terhablur dalam sistem triklinik, a = 6.3283(12), b = 8.0866(16), c = 15.404(3) Å, Z = 2, α = 77.547(4), β = 84.795(4) dan δ = 77.692(4)°, hablur kompleks NiL2 (L=Hbtsc) ialah monoklinik, a = 7.7433(15), b = 7.4893(14), c = 15.448(3) Å, Z = 2, α = 90, β = 102.834(4) dan δ = 90° manakala hablur NiL2 (L=ph-Hbtsc) ialah triklinik, a = 4.7308(18), b = 10.763(4), c = 12.307(5) Å, α = 93.703(5), β = 96.686(6) dan δ = 95.445(6)°. Kompleks Ni(NH3)L dan NiL2 berkoordinat empat dan pusat Ni(II) mempunyai geometri satah segi empat yang terherot. Ujian antibakteria dan antikulat in vitro menunjukkan bahawa ligan dan kompleks mempunyai kesan perencatan yang sederhana berbanding dengan nilai piawai iaitu Tobramycin (antibakteria) and Nystatin (antikulat). Kompleks Cd(II) menunjukkan kesan perencatan yang luar biasa menentang G(+) B. Subtilis dengan zon perencatan 20 mm pada 10 μg/cakera. Kompeks Cd(II) juga menunjukkan aktiviti antikulat yang baik menentang C. Albican pada 20 μg/cakera dengan zon perencatan 13 mm.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 164
Call Number: QD474.N846 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120724+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.