Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462729
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAidil Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorR. Irafizah Ismail (P41722)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:12Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:12Z-
dc.date.issued2011-04-15-
dc.identifier.otherukmvital:120721-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462729-
dc.descriptionPenghasilan lipid daripada Cunninghamella bainieri 2A1 dibandingkan apabila kultur ditumbuhkan dalam dua keadaan berbeza iaitu keadaan terhad nitrogen dan keadaan berlebihan sumber nitrogen. Kultur ditumbuhkan dalam kelalang 500 ml yang mengandungi 200 ml medium terhad nitrogen (1.0 g/l kepekatan amonium tartarat) dan medium pertambahan sumber nitrogen tetap (amonium tartarat ditambah secara suap kelompok pada selang masa tertentu supaya aras kepekatan amonium tartarat dapat dikekalkan minimum pada 0.2 g/l, 0.4 g/l dan 0.6 g/l). Kultur dieram dalam penggoncang eraman dengan kelajuan 250 rpm pada suhu 30 °C selama 48 jam dan profil penghasilan lipid, amonium, glukosa, biojisim dan aktiviti spesifik NAD+ :ICDH ditentukan. Kultur yang ditumbuhkan dalam medium terhad nitrogen menunjukkan penghasilan sehingga 35 % lipid (g/g biojisim) pada akhir tempoh pengkulturan di mana amonium habis digunakan dalam masa 12 jam. Manakala, kultur dalam medium pertambahan sumber nitrogen tetap menghasilkan 14 % hingga 20 % lipid (g/g biojisim). Ini menunjukkan bahawa keadaan terhad nitrogen sepenuhnya tidak diperlukan untuk mencetuskan proses penghasilan dan pengumpulan lipid secara berlebihan (>5%) di dalam kultur C. bainieri 2A1. Walau bagaimanapun, kehadiran sumber nitrogen secara berterusan didapati menghadkan jumlah lipid akhir yang terkumpul menjadi lebih rendah. Apabila kajian kebergantungan aktiviti NAD+ :ICDH terhadap AMP dijalankan, aktiviti NAD+ :ICDH daripada C. bainieri 2A1 didapati tidak bergantung sepenuhnya terhadap AMP di mana aktivitinya masih dapat dikesan tanpa kehadiran AMP. Hasil ini mencadangkan pengawalaturan pencetusan proses lipogenesis dalam C. bainieri 2A1 berbeza daripada apa yang dilaporkan di dalam yis oleaginus. Bagaimanapun, AMP masih memainkan peranan sebagai perencat bertanding untuk penghasilan isositrat daripada α-ketoglutarat,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic-Malaysia-
dc.subjectAdenosine-
dc.subjectEnzymes-Analysis-
dc.titleKesan adenosin monofosfat (AMP) terhadap aktiviti enzim lipogenesis nad+ :isositrat dehidro genase (NAD+:ICDH) dalam Cunninghamella bainieri 2A1-
dc.typetheses-
dc.format.pages69-
dc.identifier.callnoQP625.A27R538-
dc.identifier.barcode002834 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120721+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
944.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.