Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462728
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorTay Lih Jinq (P43141)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:11Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:11Z-
dc.date.issued2012-06-12-
dc.identifier.otherukmvital:120715-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462728-
dc.descriptionGlaciozyma antarctica merupakan yis psikrofil obligat berasal daripada ais laut di Antartika. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menciri gen-gen G. antarctica yang terungkap pada fasa pertumbuhan yang berbeza. Sebanyak empat perpustakaan cDNA telah dibina daripada sel pada fasa pertumbuhan yang berbeza, iaitu fasa pertumbuhan lag, log, awal pegun dan pegun. Seterusnya penjujukan dan analisis penanda jujukan terungkap (EST) dijalankan bagi mengenal pasti transkrip yang terungkap. Titer perpustakaan cDNA pada fasa pertumbuhan lag, log, awal pegun dan pegun masing-masing adalah 1.18x106, 1.23x105, 1.40x105 dan 1.25x105 cfu/mL. Sebanyak 3552 klon cDNA telah dipilih secara rawak daripada setiap perpustakaan cDNA untuk dijujuk dan sebanyak 13 371 jujukan EST yang berkualiti telah dijana. Dengan menggunakan perisian stackPACK, jujukan EST dikelompokkan kepada 6302 transkrip unik (1517 daripada fasa lag, 1620 daripada log, 1455 daripada awal pegun dan 1710 daripada pegun) yang merangkumi 1997 jujukan konsensus dan 4305 jujukan tunggal. Anotasi kefungsian dilakukan melalui BLASTX menggunakan maklumat pangkalan data protein di National Center for Biotechnology Information (NCBI) serta melalui Ontologi Gen (GO). Secara keseluruhan, sebanyak 3958 transkrip unik, iaitu 1058 transkrip unik daripada perpustakaan fasa pertumbuhan lag, 994 daripada perpustakaan fasa pertumbuhan log, 916 daripada perpustakaan fasa pertumbuhan awal pegun dan 990 daripada perpustakaan fasa pertumbuhan pegun telah dipadan dengan sekurang-kurangnya satu pepatah GO. Sebanyak 26.6% daripada jumlah transkrip unik menunjukkan tiada persamaan yang signifikan (nilai e > 10-5) dengan sebarang protein dalam pangkalan data. Seterusnya, pengesahan beberapa gen yang terungkap dengan berlebihan pada fasa pertumbuhan pegun telah dijalankan dengan menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa sebenar (RT-qPCR). Sebanyak tujuh daripada sembilan gen terpilih menunjukkan aras pengekspresan yang tinggi pada fasa pertumbuhan pegun berdasarkan bilangan EST menunjukkan corak pengekspresan yang sama apabila aras pengekspresan ditentukan dengan analisis RT-qPCR. Seterusnya, analisis data EST dilakukan terhadap transkrip yang hadir dengan jumlah yang tinggi serta yang hanya dikesan pada fasa pertumbuhan tertentu. Bagi fasa pertumbuhan lag, sebilangan besar transkrip mengekod protein ribosom manakala bagi fasa pertumbuhan log, kebanyakan transkrip mengekod protein yang terlibat dalam kawalan metabolisme sel seperti metabolisme karbohidrat, lipid dan tenaga serta protein pengangkut ion. Bagi fasa pertumbuhan awal pegun, transkrip mengekod subunit protein ribosom dan beberapa protein pengawal atur telah dikenal pasti hadir dengan tinggi. Bagi fasa pertumbuhan pegun, transkrip mengekod protein yang terlibat dalam menangani metabolisme karbohidrat dan tindak balas terhadap tekanan oksidatif serta beberapa protein novel telah dikenal pasti. Secara keseluruhan, daripada sejumlah 6302 transkrip unik yang diperoleh, gen-gen G. antarctica yang terungkap pada fasa pertumbuhan berbeza telah dikenal pasti. Pengungkapan gen-gen ini mencerminkan aktiviti yang berlaku di dalam sel semasa fasa pertumbuhan berbeza,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic-Malaysia-
dc.subjectYeast fungi-Antarctica-
dc.subjectYeast fungi-Genetic engineering-
dc.subjectYeast-Cytology-
dc.subjectYeast fungi-Biotechnology-
dc.subjectGenomics-
dc.titleAnalisis penanda jujukan terungkap Glaciozyma Antarctica pada fasa pertumbuhan yang berbeza dalam sistem tertutup-
dc.typetheses-
dc.format.pages174-
dc.identifier.callnoQK615.5.T349-
dc.identifier.barcode002875 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120715+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.