Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462725
Title: Struktur komuniti, dinamik populasi dan fenologi hutan paya bakau di Johor Selatan
Authors: Nordatul Akmar Zainudin (P52792)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic-Malaysia
Mangrove management-Malaysia
Mangrove ecology-Malaysia
Issue Date: 27-Aug-2012
Description: Satu kajian ekologi hutan paya bakau yang meliputi kajian struktur komuniti, dinamik populasi, dan fenologi telah dijalankan di Johor Selatan. Struktur komuniti bertujuan untuk menentukan dan membandingkan komposisi spesies di Hutan Simpan (HS) Sg. Santi, HS Sg. Belungkor, dan HS Sg. Pulai, dan membandingkan komposisi mengikut tahun selepas tebangan di HS Sg. Pulai. Semua pokok dengan diameter paras dada (dbh) 5.0 cm dan ke atas di dalam enam plot 0.2 ha (100 m x 20 m) telah ditanda, diukur, dan dicamkan. Komposisi spesies diwakili oleh enam famili, lapan genus, dan sebelas spesies bagi HS Sg. Pulai, manakala HS Sg. Santi dan HS Sg. Belungkor mencatatkan komposisi spesies yang sama iaitu lima famili, tujuh genus, dan sepuluh spesies. Jumlah anggaran biojisim atas tanah di HS Sg. Belungkor adalah sebanyak 206.93 tan/ha, HS Sg. Santi 195.96 tan/ha, dan HS Sg. Pulai 133.99 tan/ha. Indeks Kepelbagaian Shannon menunjukkan HS Sg. Pulai mencatatkan nilai kepelbagaian tertinggi dengan nilai H'= 1.46 (H'maks= 2.40) diikuti oleh HS Sg. Belungkor dan HS Sg. Santi dengan masing-masing mencatatkan nilai kepelbagaian H'= 1.38 (H'maks= 2.30) dan H'= 1.14 (H'maks= 2.30) tetapi perbezaan tersebut tidak signifikan (p> 0.05). Bagi perbandingan struktur komuniti hutan berdasarkan tahun selepas tebangan, dua plot (0.2 ha setiap satu) didirikan di kompartmen 261 (21 tahun selepas tebangan) dan kompartmen 386 (16 tahun selepas tebangan). Sejumlah 236 pokok yang meliputi enam famili, lapan genus, dan sepuluh spesies di C261 manakala 528 pokok yang terdiri daripada dua famili, empat genus, dan tujuh spesies di C386. Jumlah anggaran biojisim bagi C261 dan C386 masing-masing adalah 140.78 tan/ha dan 127.16 tan/ha. Perbandingan kepelbagaian di antara dua kompartmen menunjukkan, nilai kepelbagaian Shannon di C261 (H'= 1.54; H'maks= 2.30) adalah lebih tinggi berbanding C386 tebangan (H'= 1.27; H'maks= 1.95) (p> 0.05). Dinamik populasi dan fenologi Rhizophora apiculata dan R. mucronata ditumpukan di HS Sg. Pulai. Dinamik populasi bermula Februari 2010 hingga Februari 2011 menunjukkan kadar kematian relatif populasi 100 anak benih R. apiculata lebih rendah (15.29% tahun-1) berbanding R. mucronata (48.45% tahun-1). Kadar pertumbuhan relatif berdasarkan pertambahan ketinggian anak benih ialah 0.24 cm cm-1 tahun-1 bagi R. apiculata dan R. mucronata. Kadar pertambahan relatif bilangan daun R. apiculata lebih tinggi iaitu 0.67 helai helai-1 tahun-1 berbanding R. mucronata (0.29 helai helai-1 tahun-1). Sebaliknya berlaku pada kadar pemanjangan relatif daun iaitu daun R. mucronata (0.69 cm cm-1 tahun-1) mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding R. apiculata (0.64 cm cm-1 tahun-1). Fenologi dilakukan selama setahun kitaran lengkap bermula dari Mac 2010 hingga Februari 2011. Hasil pemerhatian menunjukkan musim pengeluaran kudup bunga R. apiculata adalah dari November hingga Mei manakala R. mucronata dari November sehingga April. Musim pengeluaran bunga mekar adalah dari Jun hingga Ogos untuk R. apiculata dan Januari hingga Mei bagi R. mucronata. Musim pengeluaran buah R. apiculata adalah dari Julai hingga Januari manakala Mac hingga April bagi R. mucronata. Rhizophora apiculata mengambil masa 14 hingga 16 bulan untuk berkembang daripada kudup bunga muda menjadi propagul matang. Hasil menunjukkan 7.3% kudup bunga R. apiculata berkembang menjadi bunga mekar dan hanya 1.4% disenyawakan. Pengeluaran kudup bunga R. mucronata mempunyai hubungan yang signifikan dengan hujan bulanan (p< 0.05) manakala pengeluaran buah mempunyai hubungan yang positif dengan purata suhu,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 277
Call Number: QK938.M27N646
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120708+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.