Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462722
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Barzani Gasim, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Pan Ia Lun (P54306) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:08Z | - |
dc.date.issued | 2012-03-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120571 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462722 | - |
dc.description | Sg. Pahang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia (459km). Masalah utama di Sg. Pahang adalah banjir pada musim hujan setiap tahun. Pemendakan sungai disebabkan oleh aktiviti perlombongan pasir, penerokaan hutan dan penanaman pokok kelapa sawit di sepanjang alur sungai telah dikenal pasti sebagai penyebab kecetekan sungai. Kajian ini bertujuan mengkaji perilaku hidrologi dan hidraulik Sg. Pahang pada tempoh masa berlainan melalui model satu dimensi tentang pengurusan ribut dan kumbahan air (XP-SWMM). Model ini dibina untuk menganggarkan luahan sungai (m³/s) serta menyelakukan kawasan berpotensi banjir di sepanjang Sg. Pahang. Data sekunder selama 30 tahun (1980 ke 2010) dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) digunakan sebagai data latar belakang kawasan kajian. Sebanyak 17 stesen persampelan hidrologi telah ditentukan untuk mengukur halaju, keratan rentas, aras air dan luahan setiap stesen. Aktiviti pengukuran data hidrologi telah dijalankan pada tiga tempoh masa yang berlainan iaitu pada bulan Januari 2010, Februari 2010 dan Disember 2010. Kelebaran tebing sungai adalah berjulat daripada 112.60m ke 635.30m dan ketinggian antara tebing dan dasar sungai adalah berjulat daripada 5.49m ke 14.86m. Aras air (MSL) untuk tempoh 30 tahun telah dikenal pasti. Aras air yang tertinggi (1980-2010) di Sg. Yap (aras bahaya, 52.00m) adalah 56.21m (22/11/1988) dengan luahan sebanyak 6154.50m³/s, manakala aras air tertinggi di Temerloh (aras bahaya, 33.00m) adalah 34.38m (24/11/1988) dengan luahan sebanyak 6094.50m³/s. Di Lubuk Paku (aras bahaya, 19.00m), aras air tertinggi adalah 22.47m (17/12/2007) dengan luahan sebanyak 5632.50m³/s. Aras air yang terendah (1980-2010) di Sg. Yap (aras normal, 44.00m) adalah 41.85m (25/8/1985) dengan luahan sebanyak 16.60m³/s, manakala di Temerloh (aras normal, 26.00m) adalah 22.98m (17/6/1995) dengan luahan sebanyak 38.30m³/s. Aras air yang terendah di Lubuk Paku (aras normal, 14.00m) adalah 10.94m (24/4/1983) dengan luahan sebanyak 52.50m³/s. Ujian korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara luahan (1980-2010) dan aras air (1980-2010) iaitu R²=0.987; p=0.01 (Sg. Yap dan Temerloh) dan R²=0.990; p=0.01 (Lubuk Paku). Purata luahan (1980-2010) Sg. Pahang di stesen masing-masing adalah 836.98m³/s (Sg. Yap), 1004.41m³/s (Temerloh), dan 1199.37m³/s (Lubuk Paku). Dalam tempoh 30 tahun, kenaikan aras air dan luahan air Sg. Pahang dari November ke Disember setiap tahun adalah berpunca daripada monsun timur laut. Kebarangkalian kejadian banjir di kawasan Lembangan Sg. Pahang pada musim hujan adalah tinggi sekiranya aras air sungai mencapai ke aras amaran (Sg. Yap, 48.00m; Temerloh, 29.00m; Lubuk Paku, 17.00m) dan aras bahaya (Sg. Yap, 52.00m; Temerloh, 33.00m; Lubuk Paku, 19.00m). Model hidraulik XP-SWMM telah mengenal pasti tiga kawasan yang berpotensi banjir - Jerantut (L1, L2, L3), Temerloh (L7, L8, L9, L13) dan Pekan (L16) yang telah menunjukkan masa susulan yang lebih singkat iaitu L1 dan L2 mencapai ke puncak hidrograf pada jam 6.00. Manakala L3 mencapai ke puncak hidrograf pada jam 6.30, L7 pada jam 12.00, L8 pada jam 9.00, L9 pada jam 9.30, L13 pada jam 17.30 dan L16 pada jam 18.00. Seterusnya, kawasan tersebut juga menunjukkan masa susutan yang lebih lama iaitu luahan masing-masing tidak menurun selepas 42 jam kecuali L1, L2 dan L3. Banjir dijangka akan berlaku di hilir (Lubuk Paku) 42 jam selepas ianya telah berlaku di hulu (Sg. Yap).,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Flood forecasting-Malaysia-Pahang | - |
dc.subject | Hydrological forecasting-Malaysia-Pahang. | - |
dc.title | Permodelan banjir Sg. Pahang dan aspek-aspek hidrologi dan hidraulik | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 142 | - |
dc.identifier.callno | GB1399.5.M4P346 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004698 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120571+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 969.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.