Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462720
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAmir Rabu, Dr.-
dc.contributor.authorRyia Illani Mohd Yunos (P41559)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:07Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:07Z-
dc.date.issued2012-02-16-
dc.identifier.otherukmvital:120514-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462720-
dc.descriptionKajian ini dilakukan bagi mengkaji gerak balas sel serta mengenalpasti gen-gen dan protein yang dikawalatur semasa jangkitan virus penyakit Newcastle berdasar penilaian secara kualitatif. Strain AF 2240 digunakan untuk mengjangkiti titisan sel fibroblas embrio ayam (DF-1). Selepas beberapa sela masa jangkitan, perubahan sel dan kesan sitopatik diperhatikan. RNA dan protein daripada sel terjangkit diekstrak dan digunakan dalam analisis pemedapan Northern dan elektroforesis dua dimensi. Kemudian, data daripada kedua-dua kaedah ini dianalisis. Sel tak terjangkit digunakan sebagai kawalan dalam kajian ini. Sel tidak menunjukkan perubahan morfologi yang ketara sebaik sahaja virus diinokulasi ke dalam kultur sel. Pada 6 jam pasca jangkitan, sel kelihatan membulat berbanding sel tak terjangkit. Namun begitu, bilangan sel yang membulat ini adalah rendah dan tidak berlaku secara menyeluruh pada lapisan kultur sel. Pada 10 jam selepas jangkitan virus, pembentukan sel yang membulat semakin bertambah bilangannya dan lebih besar jika di bandingkan dengan sel yang dijangkiti selepas 6 jam. Pada 12 jam pasca jangkitan, sel kelihatan membengkak dan tidak lagi menyerupai morfologinya yang asal. Pada 24 jam selepas jangkitan, pembentukan percantuman sel dan pemvakuolan dalam sitoplasma berlaku. Dalam sel terjangkit virus selepas 48 jam inokulasi virus, pembentukan sinsitia berlaku dan membrannya mengecut menghasilkan bentuk dendritik dengan unjuran tajam. Pada 72 jam selepas jangkitan NDV, lapisan sel kelihatan tertanggal daripada permukaan tabung kultur secara menyeluruh berbanding sel kawalan. Hasil daripada analisis pemblotan Northern, pengekspresan gen protein kejut haba 90, protein G pengawal, serin/threonin kinase, ATP sintase, beta-2-mikroglobulin, dinein, dan reseptor mirip tol 2 didapati meningkat semasa jangkitan manakala gen faktor pengaruh apoptosis, kejut haba 70, reseptor mirip tol 7, proteasome, metalopeptidase, dan folistatin didapati menurun semasa jangkitan. Daripada analisis elektroforesis dua dimensi pula, titik protein yang berjaya dikesan menggunakan jalur Immobilized pH Gradient (IPG) 18 cm dengan pH 3-10 adalah antara 350-650 titik protein. Daripada jumlah ini, 135 titik protein didapati mengalami perubahan pengekspresan termasuklah 76 titik protein yang teraruh pengekspresannya (nisbah terinfeksi/tak terinfeksi >2.0) dan 59 titik protein terencat pengekspresannya secara signifikan (nisbah terinfeksi/tak terinfeksi <0.5). Sebelas titik protein telah dipilih dan dikenalpasti melalui kaedah Matrix-assisted Laser Desorption/Ionization Time of Flight/Time of Flight-Mass Spectrometry (MALDI TOF/TOF-MS). Daripada sebelas protein ini, lima jenis protein telah dikenalpasti berasal daripada Gallus gallus. Dua daripadanya didapati teraruh pengekspresannya dan tiga protein lagi terencat pengekspresannya. Sebagai kesimpulan, pencirian tahap pengekspresan gen-gen pada peringkat transkrip dan protein semasa jangkitan virus telah berjaya dilakukan dan daripada 13 gen yang telah dianalisis dengan kaedah pemedapan Northern, hanya protein kejut haba 70 sahaja yang berjaya dikesan pengekspresannya pada peringkat protein,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectNewcastle disease-
dc.subjectProteins-Synthesis-
dc.subjectGene expression-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAnalisis pengekspresan gen dan pengenalpastian protein dalam hos terinfeksi virus penyakit newcastle-
dc.typetheses-
dc.format.pages133-
dc.identifier.callnoSF995.6.N4R935 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002854 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120514+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
787.07 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.