Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462717
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNazaruddin Ramli, Dr.-
dc.contributor.authorNorazelina Sah Mohd Ismail. (P52535)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:06Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:06Z-
dc.date.issued2012-03-15-
dc.identifier.otherukmvital:120478-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462717-
dc.descriptionPengekstrakan pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus) dilakukan dengan dua kaedah iaitu kaedah kimia dan enzim. Ammonium oksalat, asid hidroklorik (HCl) dan air digunakan untuk medium kimia manakala selulase dipilih untuk kaedah berenzim. Pengekstrakan dengan ammonium oksalat memberikan hasil tertinggi berasaskan berat residu tak larut alkohol (AIR) iaitu 30.9% dengan kandungan lembapan 11.2%, kandungan abu 6.9%, beratara 475.6 g/eq, kandungan metoksil 3.0%, asid anhidrouronik (AUA) 54.4% dan darjah pengesteran (DE) 31.1%. Diikuti oleh hasil pektin menggunakan HCl sebanyak 25.9% dengan lembapan 11.1%, abu 12.0%, beratara 714.0 g/eq, metoksil 3.4%, AUA 45.3% dan DE 45.7%. Air memberikan hasil yang paling rendah iaitu 24.2% dengan lembapan 11.3%, abu 11.6%, beratara 636.7 g/eq, metoksil 4.3%, AUA 52.5% dan DE 47.0 %. Selulase pula memberikan hasil pektin sebanyak 73.3% dengan kandungan lembapan sebanyak 11.8%, kandungan abu 32.3%, beratara 3845.41 g/eq, kandungan metoksil 1.62%, AUA 15%, dan DE 69.7%. Jenis pektin daripada pengekstrakan kimia adalah pektin metoksil rendah (LMP) manakala pengekstrakan berenzim adalah pektin metoksil tinggi (HMP). Rekabentuk Putaran komposit Berpusat (CCRD) digunakan untuk menentukan parameter optimum bagi pengekstrakan pektin secara berenzim. Pembolehubah yang terlibat adalah pH (3 - 8), suhu (30 - 70) oC dan masa (2 - 12) jam. Rekabentuk menunjukkan parameter optimum dengan 73.4% pektin dicapai pada pH 7.0, 54.9oC selama 2.2 jam. Pengesahan model memberikan hasil 63.2% iaitu 13.9% lebih rendah berbanding ramalan. Spektroskopi infra-merah (FTIR) pektin buah naga didapati berpadanan baik dengan pektin epal komersial. Kumpulan berfungsi utama yang hadir adalah kumpulan karboksil bebas (COO-) dan karboksil teresterifikasi (COO-R). Ujian warna (L*, adjustor.sh assign_extension.sh dan b*) menunjukkan pektin yang diekstrak dengan HCl lebih cerah berbanding pektin lain. Pektin yang diekstrak menggunakan ammonium oksalat mempunyai kekuatan gel 36.5 g (dengan gula) dan 13.5 g (tanpa gula). Pektin yang diekstrak menggunakan air mempunyai kelikatan 8.62 cPs setanding dengan pektin epal komersial iaitu 6.0 cPs dan HCl mempunyai kelikatan 1.12 cPs. Kelikatan bagi pektin yang diekstrak menggunakan enzim pula adalah diantara 0.94 hingga 1.87 cPs setanding dengan ekstrak HCl dan berbeza daripada epal. Secara kesimpulannya, kulit buah naga mampu mewakili sumber alternatif bagi pektin samaada melalui kaedah pengekstrakan kimia atau berenzim, namun mempunyai kualiti yang rendah berbanding pektin epal komersial.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic-Malaysia-
dc.subjectPectin-
dc.subjectPitahayas-
dc.titlePengekstrakan dan pencirian pektin daripada kulit buah naga (Hylocereus polyrhizus)-
dc.typetheses-
dc.format.pages125-
dc.identifier.callnoQK898.P4N647 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002985 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120478+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.