Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462713
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Redzuwan Yahaya, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Marina Mishar (P47342) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:04Z | - |
dc.date.issued | 2012-01-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120442 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462713 | - |
dc.description | Kajian dijalankan untuk menentukan tahap kompetensi pegawai teknikal di Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) iaitu badan perundangan aktiviti tenaga nuklear di Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab mengawalselia loji janakuasa nuklear pertama di Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang dijalankan ialah penyelidikan deskriptif yang melibatkan keseluruhan populasi tenaga kerja teknikal di AELB iaitu seramai 81 responden yang bertugas di 5 lokasi di seluruh Malaysia dan melibatkan 5 bahagian teknikal menggunakan instrumen soal selidik. Model kompetensi 4 kuadran yang dibangunkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah digunapakai manakala skala Likert 5 mata berasaskan Model Penguasaan Kemahiran Dreyfus digunakan untuk mengukur tahap kompetensi. Kajian menunjukkan responden yang telah berkhidmat lebih 10 tahun dari kategori P&P telah mencapai tahap kompeten untuk 15 dari 16 kompetensi yang dikenalpasti (3.15 < min < 3.90). Bahagian Instalasi Nuklear iaitu yang bertanggungjawab pada masa ini untuk melakukan penilaian dan pemeriksaan ke atas pepasangan nuklear secara puratanya telah mencapai tahap kompeten untuk 7 dari 9 kompetensi yang perlu ada (3.10 < min < 4.03). Hasil kajian juga menunjukkan masih terdapat 8 dari 24 bidang teknikal dan saintifik yang diperlukan untuk mengawalselia program kuasa nuklear yang belum dimiliki oleh mana-mana tenaga kerja AELB. Pekali korelasi Pearson menunjukkan 16 kompetensi tersebut mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan tempoh lama bekerja (r < .684). Pekali korelasi Kendall's tau_B pula menunjukkan 17 kompetensi tersebut mempunyai hubungan signifikan negatif dengan tahap pendidikan (r < -.348) di mana semakin tinggi tahap pendidikan, semakin tinggi tahap kompetensi yang dimiliki. Analisis menggunakan regresi berganda (kaedah enter) mendapati 6 pembolehubah yang digunakan untuk mewakili pembelajaran dan pengalaman iaitu tahap pendidikan, tempoh lama bekerja, bilangan latihan, pembentangan, penulisan dan keanggotaan di dalam jawatankuasa teknikal secara bersama memberi sumbangan signikan ke atas semua kompetensi di dalam model kompetensi 4 kuadran. Bagi menentukan faktor peramal terbaik yang menyumbang kepada peningkatan kompetensi, analisis regresi berganda (stepwise) telah digunakan. Hasil yang diperolehi menunjukkan setiap satu pembolehubah tidak bersandar itu merupakan faktor peramal kepada kompetensi yang berbeza-beza. Pembangunan keupayaan AELB perlu dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pengetahuan bidang teknikal di mana kumpulan pegawai yang perlu diberi perhatian adalah yang berkhidmat kurang dari 10 tahun dan dari kategori sokongan. Hasil kajian mendapati beberapa faktor peramal yang menyumbang secara signifikan kepada tahap kompetensi. Ini boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk membangunkan tahap kompetensi tenaga kerja AELB.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Nuclear power plants -- Licenses | |
dc.subject | Nuclear power plant -- Malaysia | |
dc.subject | Nuclear facilities -- Licenses -- Malaysia | |
dc.subject | Nuclear energy | |
dc.subject | Nuclear power plant operators -- Training of | |
dc.title | Penilaian kompetensi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ke arah program kuasa nuklear pertama di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 220 | |
dc.identifier.callno | TK113.M32M346 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002825(2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120442+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.39 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.