Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462712
Title: Analisis profil pengekspresan gen-gen berkaitan keimunan Lates calcarifer dijangkiti Cryptocaryon irritans
Authors: Norashikin @ Suzani Mohd. Shaharuddin (P45162)
Supervisor: Sheila Nathan, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Giant perch
Fishes-Diseases
Fishes-Infections
Issue Date: 28-Jun-2012
Description: Cyptocaryonosis atau penyakit bintik putih yang disebabkan oleh parasit protozoa Cryptocaryon irritans berupaya menjangkiti pelbagai jenis ikan marin termasuk Lates calcarifer (ikan siakap). Dalam kajian ini, analisis tindak balas rantaian polimerase kuantitatif (qPCR) telah dilakukan untuk melihat profil pengekspresan gen berkaitan keimunan L. calcarifer yang dijangkiti C. irritans. Sejumlah 24 gen berkaitan keimunan yang mengekodkan protein pelbagai fungsi dalam sistem imun ikan digunakan dalam analisis qPCR. Eksperimen dimulakan dengan jangkitan ikan juvenil oleh parasit di mana ikan didedahkan kepada theron daripada 200 sista C. irritans. Ikan juvenil tanpa jangkitan telah digunakan sebagai kawalan. Persampelan tisu limpa, hepar, insang dan ginjal dilakukan pada hari ketiga pasca jangkitan bagi ikan kawalan dan ikan terjangkit hari ketiga pasca-jangkitan manakala persampelan bagi ikan terjangkit hari kesepuluh pasca-jangkitan dilakukan pada hari kesepuluh di mana ikan telah dibiarkan pulih mulai hari keempat sehingga hari kesepuluh pasca-jangkitan. L. calcarifer menunjukkan kesan patologi yang ketara pada hari ketiga pasca-jangkitan dengan kehadiran bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan, penghasilan mukus secara berlebihan serta pembentukan selaput pada mata ikan. RNA jumlah yang diekstrak daripada kesemua tisu adalah berkualiti tinggi dengan nilai integriti RNA (RIN) dalam lingkungan 6.7 - 9.3. Analisis qPCR gen terpilih bagi ikan yang terjangkit pada hari ketiga pasca-jangkitan menunjukkan kebanyakan gen teraruh secara signifikan (p<0.05) dalam kesemua tisu terutamanya tisu hepar dan ginjal masing-masing sebanyak 12/24 (50%) dan 12/24 (50%) gen. Bagaimanapun, bagi ikan yang telah dibiarkan pulih daripada jangkitan C. irritans (10 hari pasca-jangkitan), pengekspresan gen berkaitan keimunan tersebut tertindas sehingga mencapai semula tahap yang sama dengan kawalan. Profil pengekspresan ikan terjangkit menunjukkan aruhan gen MHC kelas IIα adalah tertinggi berbanding gen-gen lain diikuti gen serum amiloid A, CC kemokin dan prekursor hepsidin-2. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sistem keimunan semula jadi L. calcarifer memainkan peranan penting dalam pertahanan awal terhadap infeksi parasit.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 123
Call Number: QL638.C34N647
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
925.66 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.