Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462710
Title: | Penyediaan busa poliuterana fleksibel berperencat api berasaskan minyak isirung sawit terepoksida |
Authors: | Nurul 'Ain Hanzah (P37666) |
Supervisor: | Khairiah Haji Badri, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Polyurethanes Oil palm |
Issue Date: | 13-Sep-2012 |
Description: | Penggunaan busa poliuretana (PU) menjadi semakin meluas dalam industri automotif, perabot, pelapik karpet, kasut dan sebagainya. Walaupun ia mempunyai prilaku yang mudah terbakar, gabungan PU dengan agen perencat api dapat memperbaiki sifat tersebut. Dalam kajian ini, penyediaan komposit busa poliuretana fleksibel (FRPU) menggunakan resin daripada poliol minyak isirung sawit (PKO) dengan pengisi perencat api tak organik, aluminum trihidroksida (ATH) dilakukan. Kesan penambahan ATH pula dikaji pada peratus penambahan 5, 10, 15 dan 20 mengikut berat (wt%) dalam FRPU. Pada nisbah poliol PKO kepada poliol polieter 50:50 di dalam busa FRPU, ia memberikan sifat mekanik optimum dengan ketumpatan busa yang rendah iaitu 61.7 kg/m3 , dan kekuatan koyakan yang tinggi sebanyak 99.2 kPa. Daripada pencirian yang telah dilakukan, penambahan optimum ATH ke dalam komposit FRPU adalah sebanyak 10% ATH. Pada peratus ini, penambahan ATH di dalam matrik PU adalah optimum berbanding penambahan yang lain bedasarkan pencirian mekanik iaitu moduli regangan (3.4 MPa) dan kekuatan koyakan (129.3 N/mm). Nilai indek oksigen terhad (LOI) sebanyak 20% dan kadar kebakaran yang maksima iaitu 1.5 mm/s di dapati pada penambahan ini. Walaupun terdapat peningkatan dalam ketumpatan sehingga 83.6 kg/m3 pada penambahan ini, kekuatan regangan dan peratus kandungan sel terbuka menurun sehingga masing-masing 79.6 kPa dan 93.4%. Namun, kehadiran ATH pada 20 wt% dapat meningkatkan kestabilan terma FRPU (suhu stabil sehingga 310 °C) berbanding PU kawalan tanpa ATH yang mula terlerai pada 290 °C. Interaksi pengisi-matrik yang baik dengan sebaran seragam pengisi dalam matrik diperhatikan dalam mikrograf imbasan elektron (SEM) pada penambahan ini. Penambahan pengisi tak organik ATH meningkatkan daya kerintangan api busa FRPU dengan sedikit penurunan dalam sifat mekanik komposit busa,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 106 |
Call Number: | TP1180.P8N878 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120438+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.81 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.