Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462709
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohamad Osman, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRohayu Ma'arup (P52756)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:03Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:03Z-
dc.date.issued2012-05-24-
dc.identifier.otherukmvital:120437-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462709-
dc.descriptionTanaman rosel mempunyai bilangan aksesi germplasma yang terhad bagi kajian pembiakbakaan rosel. Oleh itu, dalam kajian ini terdapat dua kaedah yang digunakan dan dikenalpasti berpotensi bagi mendapatkan variasi genetik baru pada rosel. Kaedah pertama ialah melalui kacukan buatan dan kaedah kedua pula melalui kultur debunga. Aksesi 21 beserta 3 titisan mutannya iaitu UKMR-1, UKMR-2 dan UKMR-3 merupakan bahan kajian bagi menjana variasi genetik baru pada rosel. Bagi kaedah pertama, pembangunan kaedah pengembirian dan kacukan berjaya dilakukan pada rosel. Walau bagaimanapun, melalui kacukan buatan (UKMR-3 x UKMR-2), rosel hibrid tidak diperoleh daripada enam buah yang matang. Bagi kaedah kedua pula, pembangunan kultur debunga pada rosel telah dapat menghasilkan kadar regenerasi hingga 80% serta tinggi bilangan pucuk haploid yang mempunyai kromosom berganda. Kultur debunga bermula dengan pengenalpastian bilangan nukleus pada debunga sebelum dikultur. Pra-rawatan pada debunga yang dikenakan sebaik sahaja dikultur di atas media pada suhu 4°C, 35 °C, dan tanpa pra-rawatan sebagai kawalan menunjukkan tindak balas yang signifikan (P ≤ 0.05). Induksi kalus berlaku dengan baik apabila diinkubasi di bilik kultur pada tempat yang gelap selama 8 minggu. Media Murashige dan Skoog (MS) yang terubah memberikan hasil yang paling baik bagi induksi kalus berbanding media Driver and Kuniyuki walnut (DKW), Gamborg B5 dan McCown. Kombinasi benzilaminopurin (BA) bersama 2,4-diklorofenoksi asetik (2,4-D) pada kepekatan 5µM menghasilkan 100% pengaruhan kalus. Walaupun begitu, 80% kadar regenerasi pucuk terhasil daripada kalus yang embriogenik hasil daripada debunga yang diaruhkan pada rawatan 10 µM naphthalene asetik (NAA). Kalus yang bersaiz 2 mm dipindahkan ke separuh MS media yang mengandungi 1.71 µM indol-3-asetik (IAA) bersama 1.37 µM zeatin dan didedahkan pada 16 jam cahaya di dalam bilik kultur bagi proses pembahagian. Penambahan 100 ml/L air kelapa di dalam MS media mengandungi 4.56 µM zeatin merangsang regenerasi kalus menjadi pucuk dalam tempoh sebulan setengah berbanding tanpa air kelapa yang mengambil masa tiga bulan. Akar berjaya diinduksikan pada media MS yang mengandungi 19.69 µM Indol-3-butirik asetik (IBA) untuk 3 hari dikuti pemindahannya pada media MS tanpa rawatan selama satu minggu. Tiga puluh pucuk yang diregenerasi daripada kalus debunga diuji tahap ploidi dengan menggunakan sitometri aliran bersama propidium iodide dan hanya satu dikenalpasti sebagai haploid. Variasi genetik dikenalpasti dengan menggunakan penanda DNA universal M13 (5'-TTATGAAACGACGGCCAGT-3') melalui tindak balas berantai polimerase. Empat jalur polimorfisma pada lokus (M13-01, M13-03, M13-04, dan M13-06) dikenalpasti pada pucuk haploid apabila dibandingkan dengan penderma debunga. Pucuk haploid ini juga mempunyai corak jalur yang berbeza apabila dibandingkan dengan varieti rosel lain yang dikaji. Ini membuktikan variasi genetik dapat dijana melalui kultur debunga. Pucuk haploid ini dirawat selama (tiga hingga enam jam) dengan 0.025% dan 0.05% kolkisin bagi menggandakan kromosomnya. Pucuk haploid yang dirawat ini tidak dapat terus hidup selepas seminggu dikultur di dalam media regenerasi pucuk,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectRoselle-
dc.subjectMalvaceae-
dc.titlePenjanaan varian genetik tanaman rosel (hibiscus sabdariffa L.) melalui kacukan buatan dan kultur debunga-
dc.typetheses-
dc.format.pages98-
dc.identifier.callnoQK495.M27R634-
dc.identifier.barcode002820(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120437+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.