Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462708
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzimah Hussin, Dr.-
dc.contributor.authorNadia Suzanna Mustaffa Shukri (P48818)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:02Z-
dc.date.issued2012-08-09-
dc.identifier.otherukmvital:120435-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462708-
dc.descriptionMalaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber mineral industri termasuk lempung kaolin dan kawasan Bidor, Perak dikenalpasti sebagai pengeluar utama kaolin di Malaysia. Hingga kini, penggunaan kaolin tempatan lebih tertumpu kepada industri pembuatan seramik atau porselin selain daripada industri pembuatan cat dinding, plaster dan sebagainya. Keadaan ini nyata berbeza dengan negara maju yang lain kerana kaolin telah mula dibangunkan sebagai bahan campuran pozzolana berkeupayaan tinggi dalam pembuatan konkrit dan mortar. Bahan campuran pozzolana tersebut lebih dikenali sebagai metakaolin dan ia merupakan bahan alternatif terkini di dalam industri teknologi pembuatan konkrit seperti yang telah dipraktikkan oleh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Keunikan yang terdapat pada metakaolin adalah kerana bahan ini tidak terhasil secara semulajadi dan juga bukan hasil produk sampingan proses industri tetapi diperolehi daripada pengkalsinan lempung kaolin. Proses pengkalsinan kaolin melibatkan penggunaan kaedah terma yang tertentu suhu dan tempohnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk meneliti potensi lempung kaolin Bidor sebagai bahan asas pembuatan metakaolin. Bagi mencapai matlamat tersebut, pengkalsinan kaolin telah dibuat selama 3 jam di dalam relau pada tujuh peringkat suhu bermula dari 450°C, 550°C, 650°C, 750°C, 850°C, 950°C dan 1050°C. Kesemua sampel yang telah dikalsin diteliti ciriannya dengan menggunakan teknik seperti Thermogravimetri (TGA), Fourier Transform Infra Red (FTIR), mikroskopi elektron, belauan sinar-X (XRD), dan kereaktifan bahan pozzolana. Kajian ini membuktikan proses pengkalsinan dari suhu 4500C sehingga 10500C telah memberi kesan kepada warna asal lempung Bidor. Hampir kesemua sampel yang diuji mempunyai nilai kecerahan yang lebih tinggi setelah dikalsinkan. Metakaolin yang terhasil daripada lempung kaolin turut memperlihatkan perubahan morfologi struktur yang lebih padat dan tidak teratur. Selain itu, suhu pengkalsinan pada 500°C ~ 650°C dikenalpasti sebagai suhu optimum dalam penghasilan metakaolin daripada lempung Bidor yang digunakan dalam kajian ini. Perubahan mineralogi paling ketara berlaku diantara suhu 950°C hingga 1050°C, ia ditunjukkan oleh puncak difraktogram yang signifikan dengan mineral mulit. Dapatan kajian ini memperlihatkan lempung Bidor berpotensi dikalsin menjadi sumber metakaolin,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectKaolin-Malaysia-Perak-
dc.subjectClay-Malaysia-Perak-
dc.titlePotensi lempung Bidor sebagai bahan mentah pembuatan metakaolin-
dc.typetheses-
dc.format.pages199-
dc.identifier.callnoTN943.M4N335 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002659 (2012)-
dc.identifier.barcode002810 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120435+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.