Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462702
Title: Penyahwarnaan pewarna tekstil secara pengoksidaan elektrokimia menggunakan elektrod pepejal
Authors: Siti Fathrita Mohd Amir (P46424)
Supervisor: Mohamed Rozali Othman, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Dyes and dyeing-Textile fibers
Oxidation
Issue Date: 25-May-2012
Description: Kajian mengenai penyahwarnaan tekstil melalui kaedah pengoksidaan elektrokimiatelah dilakukan. Dalam kajian awal, lapan jenis elektrod pepejal yang berbeza telahdigunakan iaitu logam Pt, Pd, Ir, Ni, Ag, Co, Cu dan rod karbon untukmenyahwarnakan pewarna tekstil Reactive Blue 109. Hasil menunjukkan elektrod Pt,Pd, Ir dan rod karbon dapat menyahwarnakan pewarna tekstil tanpa menghasilkansebarang mendakan disamping keadaan elektrod yang tidak hancur di akhirelektrolisis. Pengukuran elektrokimia dijalankan terhadap empat elektrod terpilih iaituPt, Pd, Ir dab rod karbon di mana kajian ini meliputi kaedah voltammetri berkitar dankeupayaan linear V yang menggunakan Voltammetri Voltalab Potentiostat (ModelPGZ 402) dilengkapi dengan perisian Voltamaster 4. Pengoptimuman parameterdalam proses elektrolisis seperti kepekatan elektrolit (NaCl), ketumpatan arus, pH danmasa elektrolisis dilakukan. Beberapa analisis parameter kimia dan fizikal terhadappewarna tekstil seperti keperluan oksigen kimia (COD), keperluan oksigen biokimia(BOD), jumlah organik karbon (TOC), analisis surfaktan dan pH dilakukan sebelumdan selepas proses pengoksidaan elektrokimia. Hasil daripada proses elektrolisisdicirikan menggunakan Spektrofotometer UV-Nampak (UV-Vis), SpektroskopiInframerah Pemindahan Fourier (FTIR) dan Kromatografi Gas-Spektroskopi Jisim(GC-MS) bagi mengetahui sebatian perantara organik yang terbentuk pada semasa danakhir elektrolisis. Profil bagi voltammogram berkitar menunjukkan bahawaberlakunya penjerapan anion klorin (Cl-) pada permukaan elektrod dan penjerapanseterusnya membebaskan gas klorin (Cl2) yang bertindak balas dengan air lalumembentuk asid hipoklorous (HOCl) dalam larutan pukal. Penguraian HOCl kepadaion hipoklorit (OCl-) bertindak sebagai spesies bahan pengoksida utama dalamdegradasi sebatian organik yang hadir dalam pewarna tekstil. Hasil kajianvoltammogram keupayaan linear V dan kecerunan Tafel menunjukkan bahawaelektrod platinum (Pt) merupakan pemangkin yang baik dalam pengoksidaan pewarnatekstil berdasarkan nilai i0 yang diperoleh daripada persamaan Tafel iaitu 9.464 x 10-2mA/cm2 adalah lebih tinggi berbanding elektrod yang lain. Peratus COD pada elektrodPt juga tinggi sebanyak 94 % dengan nilai peratus kecekapan arus dan penggunaantenaga masing-masing adalah 6.4 % dan 52 kWh/g. Keberkesanan peratuspenyingkiran COD daripada pewarna tekstil sebanyak 97 % diperoleh daripadakeadaan optimum pada kepekatan elektrolit natrium klorida 0.1 M, ketumpatan arus20.0 mA/cm2, pH 7 dan masa elektrolisis 75 minit. Kehilangan semua puncak serapandiakhir elektrolisis dalam spektrum UV-nampak membuktikan bahawa prosespemineralan pewarna berlaku dengan lengkap. Selain itu, analisis hasil pengoksidaanelektrokimia pewarna tekstil menggunakan FTIR dan GC-MS menunjukkanberlakunya pemecahan kumpulan kromofor dan degradasi sebatian organik yang hadirdalam pewarna tekstil dengan terhasilnya beberapa sebatian perantara baru selepaselektrolisis,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 113
Call Number: QD501.S538 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.49 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.