Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462701
Title: | Penentuan keupayaan pembezaan sel ampaian mononukleus darah periferi manusia kepada sel osteoklas dan osteoblas |
Authors: | Ruzanna Ab. Kadir (P48583) |
Supervisor: | Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Stem Cells |
Issue Date: | 28-Sep-2012 |
Description: | Sel stem adalah sel primitif yang berupaya untuk berproliferasi dan membeza kepada lebih daripada satu jenis sel matang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keupayaan sel ampaian mononukleus darah periferi untuk membeza kepada sel osteoklas dan osteoblas secara in vitrosertamengkaji kesan tempoh proliferasi terhadap keupayaan pembezaanya. Sel mononukleus yang dipencilkan daripada darah periferi manusia dengan menggunakan Ficoll-Paque™ Plus dikulturkan selama 4 hari sebelum sel ampaian dan melekat diasingkan. Sel ampaian dikultur pada tiga jangkamasa yang berbeza iaitu 7 (pendek), 14 (sederhana) dan 30 (panjang) hari manakala sel melekat dikultur selama 7 (pendek) dan 14 (sederhana) hari.Jenis sel stem ini kemudiannya dicirikan melalui kaedah tindak balas berantai polimerase transkripsi berbalik (RT-PCR). Sel ampaian mononukleus daripada ketiga-tiga tempoh proliferasiseterusnya dikulturkan di dalam medium pembezaan osteoklas dan osteoblas masing-masing selama 10 dan 14 hari. Sel yang sama dikultur dalam medium lengkap bertindak sebagai kawalan. Analisis biokimia, biologi molekul dan morfologi dilakukan bagi membuktikan sel ampaian berjaya membeza kepada sel osteoklas dan osteoblas. Hasil proliferasi sel ampaian dan melekat mononukleus menunjukkan bahawa kedua-dua sel tersebutberupaya untuk berproliferasi secara in vitro. Pencirian berdasarkan kepada kaedah biologi molekul menunjukkan sel ampaian adalah sel stem hematopoietik (CD105-, KIT+, SLAMF1+) dan pembezaan sel ini kepada sel osteoklas menunjukkan peningkatan pengaktifangen TRAP dan penurunan pengaktifangen SLAMF1selaras dengan peningkatan tempoh pembezaan.Manakala,sel melekat adalah sel stem mesenkima (CD105+, KIT+, SLAMF1-) dan pembezaan sel ini kepada sel osteoblas menunjukkan peningkatan pengaktifangen OPN dan penurunan pengaktifangen CD105 selaras dengan peningkatan tempoh pembezaan.Pencirian penanda apoptosis (FAS,BAX)olehsel ampaian dan melekat mononukleus yang dikulturkan pada jangkamasa pendek dan sederhanamenunjukkan berlakunya proses apoptosis walaupunhasil analisis viabiliti menunjukkan terdapatnyapeningkatan sel.Hasil ini membuktikan bahawa peningkatan sel dalam analisis viabiliti bagi kedua-dua jenis sel ini adalah disebabkan oleh proliferasi sel stem yang hadirdan proses apoptosis yang berlakumungkin adalah dikalangan sel-sel matang. Analisis biokimia menunjukkan peningkatan signifikan (p<0.05)aktivitispesifikasid fosfatase rintang tartarat (TRAP) pada hari ke-10pembezaan osteoklas bagi sel ampaian ketiga-tiga tempoh proliferasi iaitu 18, 17 dan 7 kali berbanding kawalan. Pembezaan sel ampaian ketiga-tiga tempoh proliferasi kepada osteoblas juga masing-masing menunjukkan peningkatanaktiviti spesifikalkali fosfatase (ALP) yang signifikan (p<0.05) iaitu 24, 20 dan 7kali berbandingkawalan. Analisis RT-PCRterhadappembezaan sel ampaian daripada ketiga-tiga tempoh proliferasimenunjukkanhasilpositif dengan kehadiran gen-gen penanda bagi sel osteoklas (CATK,TRAP) dan osteoblas (OPN, SPARC).Analisis morfologi pula menunjukkan pembezaan selampaian jangka masa pendek, sederhanadan panjangmasing-masing memberikan peratusan sel membeza pada hari ke-10pembezaan osteoklas sebanyak 49%, 21% dan 11%. Pada hari ke-14 pula, pembezaan osteoblas memberikan peratusan sel membeza sebanyak 74%, 48% dan 15%. Kesimpulannya, hasil analisis pembezaan menunjukkan bahawa sel ampaian mononukleus darah periferi adalah sel stem hematopoietik yang berupaya untuk membeza kepada sel osteoklas dan sel osteoblas. Walau bagaimanapun, berlakunya penurunan terhadap keupayaan pembezaan selaras dengan penambahan tempoh pengkulturannya,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 151 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120366+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.