Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462698
Title: Kajian sifat mekanik dan kerintangan api komposit poliester tak tepu/serabut kelapa daripada kitar semula polietilena tereftalat (PET)
Authors: Nurul Munirah Abdullah (P52537)
Supervisor: Ishak Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Polyethylene
Polyesters
Issue Date: 10-Sep-2012
Description: Kesan rawatan serabut kelapa dan penambahan bahan perencat api terhadap sifat mekanik dan kerintangan api komposit poliester tak tepu (UPR) diperkuat serabut kelapa telah dikaji. Eksperimen dimulakan dengan penghasilan matrik UPR di mana proses kitar semula botol minuman polietilena tereftalat (PET) melalui tindakbalas glikolisis dengan etilena glikol dilakukan. Hasil glikolisis seterusnya ditindakbalaskan dengan maleik anhidrida melalui tindakbalas esterifikasi. Sebanyak tiga jenis rawatan kimia (alkali, silana dan alkali diikuti silana) ke atas serabut kelapa telah dijalankan. Kepekatan bahan kimia bagi setiap jenis rawatan divariasikan bagi mengkaji kesannya terhadap sifat mekanik, serapan air dan morfologi komposit UPR/serabut kelapa. Seterusnya kepekatan rawatan yang paling optimum berdasarkan analisis tersebut telah dipilih untuk penghasilan komposit dengan penambahan bahan perencat api iaitu Dricon® di mana komposisi Dricon® ke dalam komposit divariasikan dari 0% hingga 10%. Perbandingan dengan komposit UPR/serabut kelapa tidak terawat turut dilakukan. Ujian kerintangan api dan analisis termogravimetrik (TGA) dilakukan bagi menilai prestasi rencat api dan kestabilan terma kerintangan api komposit UPR/serabut kelapa. Analisis Spektroskopi Inframerah Transformasi Frourier (FTIR) ke atas UPR yang disintesis menunjukkan kumpulan aktif tak tepu (C=C) hadir dalam rantaian molekul resin. Spektrum FTIR bagi resin ini memberikan perbandingan yang setara dengan spektrum resin komersial. Analisis Kromatografi Penelapan Gel (GPC) bagi UPR yang disintesis juga memberikan nilai purata berat molekul (Mw) yang hampir sama dengan UPR komersial iaitu sebanyak 1828 g/mol. Di antara tiga jenis rawatan serabut yang dilakukan, rawatan alkali 5% diikuti silana 0.5% adalah yang terbaik kerana memberikan keputusan yang paling optimum bagi pencirian sifat mekanik komposit seperti nilai tegasan maksimum (22.2 MPa), terikan maksimum (2.4%) dan kekuatan hentaman (6.1 kJ/m2 ). Peratus serapan air komposit UPR/serabut kelapa untuk rawatan alkali 5% diikuti silana 0.5% juga adalah yang terendah (1.87%). Pemeriksaan morfologi terhadap sampel ini menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) pula membuktikan wujudnya perekatan serabut/matrik yang sangat baik berbanding struktur morfologi komposit pada rawatan serabut yang lain. Oleh itu, kepekatan rawatan ini telah dipilih dalam penghasilan kerintangan api komposit UPR/serabut kelapa. Dengan penambahan Dricon®, kadar pembakaran tertinggi yang dapat dicapai oleh kerintangan api komposit UPR/serabut kelapa terawat (SKAS) dan tidak terawat (SKTT) adalah pada 5 wt% Dricon® (101.50 s) dan 10 wt% Dricon® (90.00 s) setiap satu. Sifat mekanik untuk kedua-dua komposit SKAS dan SKTT menunjukkan peningkatan dengan penambahan bahan perencat api Dricon® dengan komposit SKAS pada 5 wt% Dricon® memberikan nilai tegasan maksimum dan modulus regangan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 24.4 MPa dan 2.2 GPa. Analisis TGA pula menunjukkan bahawa penambahan Dricon® tidak memberikan perubahan signifikan ke atas kestabilan terma kerintangan api komposit SKAS dan SKTT. Daripada pemerhatian morfologi, penyebaran Dricon® yang lebih sekata ditunjukkan dalam komposit SKAS. Didapati komposisi Dricon® yang optimum dicapai pada 5 wt% untuk komposit SKAS dan 10 wt% untuk komposit SKTT,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 123
Call Number: TP1180.P65N847
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120088+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.