Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462697
Title: Pengoptimuman persekitaran kultur (suhu, pengudaraan, goncangan) dan kesan saiz inokulum untuk penghasilan biojisim, lipid dan asid y-linolenik (GLA) oleh Cunninghamella bainieri 2A1
Authors: Normah Saad (P 35880)
Supervisor: Aidil Abdul Hamid, Prof Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Microbiology
Mucorales
Issue Date: 1-Mar-2012
Description: Kajian pengoptimuman persekitaran kultur (suhu, pengudaraan, goncangan) dan kesan saiz inokulum terhadap penghasilan biojisim, lipid, dan GLA oleh kulat oleaginus pencilan tempatan, Cunninghamella bainieri 2A1 telah dikaji. Pencilan ini telah dikulturkan dalam medium terhad nitrogen. Bagi mendapatkan suhu yang terbaik, kultur dieram pada suhu berbeza (35°C, 30°C, 25°C, 20°C, 15°C) di dalam kelalang goncangan 500 mL (200 mL isipadu kultur) dengan goncangan 250 rpm. Manakala bagi mengkaji kesan pengudaraan dan kadar goncangan, kaedah gerakbalas permukaan (RSM) telah diguna di mana satu set eksperimen dijalankan berdasarkan rekabentuk gubahan memusat (CCD) dengan nilai faktorial 23 dan 13 ekperimen dilakukan dalam fermenter 5 L (4 L isipadu kultur) pada suhu 30°C. Bagi kajian saiz inokulum pula, penginokulatan adalah pada kepekatan spora berbeza (102, 103, 104 dan 105 spora/mL) dalam fermenter 5 L (menggunakan persekitaran kultur yang telah dioptimumkan). Hasil kultur dituai selepas 120 jam penginokulatan. Hasil menunjukkan bahawa kenaikan suhu dari 15°C kepada 30°C meningkatkan penghasilan biojisim, lipid dan GLA dengan nilai masing-masing 7.6 g/L kepada 12.2 g/L, 19.1 (% gram/gram biojisim) kepada 33.3% dan 0.029 [g/g biojisim tanpa lipid (btl)] kepada 0.043 g/g btl. Manakala ketiga-tiga nilai ini didapati menurun apabila suhu ditingkatkan lagi kepada 35°C, iaitu 9.9 g/L, 23.8% dan 0.017 g/g btl. Suhu 30°C telah menunjukkan suhu terbaik dan optimum untuk penghasilan biojisim, lipid dan GLA. Selain itu, kajian ini mendapati, dua jenis morfologi terbentuk iaitu filamen yang wujud pada suhu tinggi (30°C dan 35°C), dan pelet yang terbentuk pada suhu yang lebih rendah (15°C dan 20°C). Berdasarkan analisis menggunakan RSM, model kuadratik didapati signifikan untuk mentakrif kesan hubungan antara satu sama lain bagi kadar pengudaraan (vvm) dan goncangan (rpm) terhadap kepekatan biojisim (g/L), penghasilan lipid (% g/g biojisim) dan GLA (g/g biojisim tanpa lipid). Kadar pengudaraan (vvm) dan goncangan (rpm) yang optimum untuk penghasilan biojisim, lipid dan GLA di dapati berbeza. Kadar pengudaraan dan goncangan optimum untuk penghasilan biojisim (12.76 g/L) ialah masing-masing pada 0.69 vvm dan 515.2 rpm. Manakala untuk penghasilan lipid (38.71%) dan GLA (0.058 g/g btl) masing-masing ialah 0.60 vvm dan 533 rpm, dan 0.93 vvm dan 453.5 rpm. Seterusnya hasil daripada kajian saiz inokulum mendapati bahawa kepekatan spora berbeza menghasilkan morfologi pelet (103 dan 102 spora/mL) dan filamen (105 spora/mL). Kultur yang diinokulat dengan spora berkepekatan 103 spora/mL dengan bentuk morfologi pelet telah mencatatkan nilai tertinggi dalam penghasilan lipid dan GLA iaitu masing-masing 38.42% dan 0.08 g/g btl dalam fermenter 5 L. Manakala 105 spora/mL mencatatkan penghasilan biojisim tertinggi iaitu 10.75 g/L. Sebagai kesimpulan, suhu 30°C dengan pengoptimuman kadar pengudaraan dan goncangan iaitu masing-masing 0.93 vvm dan 453.5 rpm serta inokulum spora 103 spora/mL telah disahkan menghasilkan nilai tertinggi lipid dan GLA dalam C.bainieri 2A1,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 128
Call Number: QK621.M96N646
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120086+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.31 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.