Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462695
Title: | Petrologi dan geokimia batuan igneus jenis intrusi bahagian barat Daya Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Authors: | Elvaene James (P43914) |
Supervisor: | Syariff A.K Omang, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Igneous rocks-Malaysia-Sabah Petrology Geochemistry Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 25-Jun-2012 |
Description: | Batuan Gunung Kinabalu di sayap barat daya terdiri daripada lapan jenis batuan iaitu granit hornblend, granit hornblend porfirit, monzodiorit piroksen-kuarza, korok keandesitan, korok aplit, korok pegmatit, batuan ultrabes dan batuan Formasi Trusmadi. Objektif-objektif kajian ialah menentukan jenis-jenis batuan di Gunung Kinabalu dengan kaedah lapangan dan penentuan batuan secara bersistem, menentukan jenis magma yang terdapat di dalam batuan igneus, menentukan asal mula dan kedudukan tektonik batuan igneus menggunakan kandungan kimia dan menentukan usia radiometri batuan igneus batuan Gunung Kinabalu. Metodologi kajian ialah kajian literatur, kajian lapangan, kajian makmal dan analisis data. Kajian makmal dibahagikan kepada kajian petrografi dan kajian geokimia. Cerapan lapangan menunjukkan granit hornblend mengepung zenolit batuan metasedimen Formasi Trusmadi, sementara granit hornblend porfirit mengepung batuan Trusmadi yang sama dan batuan ultrabes. Selain itu, korok keandasitan mengepung zenolit granit hornblend dan korok aplit mengepung zenolit batuan Formasi Trusmadi dan granit hornblend porfirit. Tafsiran geokimia menunjukkan bahawa batuan igneus jenis intrusif ini adalah berasal daripada satu magma yang sama (dari jenis-I) hasil daripada tren gambarajah REE dan gambarajah Labah-labah. Walaupun A/CNK menunjukkan korok aplit tergolong dalam magma jenis S, namun ini mungkin disebabkan oleh pencemaran batuan sekeliling. Proses evolusi magma telah menghasilkan siri batuan igneus intrusif berkomposisi asid hingga pertengahan (dengan SiO2 55-75%), seperti yang dibuktikan oleh tren-tren gambarajah Harker. Gambarajah ini turut menunjukkan bahawa batuan ultrabes dan batuan Formasi Trusmadi tidak berkait secara genetik dengan batuan jenis intrusif. Sifat kesamaan magma induk batuan intrusif ini juga ditunjukkan oleh gambarajah REE dan gambarajah labah-labah, kecuali korok pagmatit (dengan SiO2 98%). Gambarajah REE menunjukkan terdapatnya penghabluran secara berperingkat di dalam batuan igneus intrusif, dengan granit hornblend dan korok keandesitan memperlihatkan anomali Eu. Berdasarkan graf A/CNK, batuan adalah bersifat metalumina dan metalumina lemah hingga peralumina. Batuan metalumina merangkumi granit hornblend, granit hornblend porfirit, monzodiorit piroksen-kuarza, korok keandesitan dan pegmatit, manakala korok aplit bersifat peralumina lemah hingga peralumina. Graf indeks alkali kapur pula menunjukkan bahawa batuan igneus intrusif ini terkelas sebagai siri batuan jenis kalk-alkali. Pengusiaan batuan menunjukkan bahawa granit hornblend berusia 7.74 ± 0.20 juta tahun. Paduan cerapan lapangan, tafsiran petrologi, geokimia dan pengusiaan batuan menyimpulkan bahawa ultrabes dan batuan Formasi Trusmadi adalah lebih tua daripada batuan igneus, dan monzodiorit piroksen-kuarza lebih tua diikuti dengan granit hornblend dan granit hornblend porfirit. Batuan yang lebih muda ialah korok keandesitan, korok aplit dan korok pegmatit,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 178 |
Call Number: | QE461.J345 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120082+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.