Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462691
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rahimi Yusop, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mak Sek Yin (P83932) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:09:54Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:09:54Z | - |
dc.date.issued | 2019-08-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:120021 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462691 | - |
dc.description | Tin oksida terdop fluorin (FTO) banyak digunakan dalam pembuatan pengesan gas dan semikonduktor. Berdasarkan kajian ini, FTO telah digunakan sebagai bahan penyokong mangkin. Mangkin heterogen logam Palladium (Pd) berpenyokong FTO dihasilkan melalui pengisitepuan basah dengan menggunakan FTO komersial dan palladium asetat, Pd(OAc)2 sebagai prekursor. Pencirian mangkin palladium disokong tin oksida terdop fluorin (Pd/FTO) yang dihasilkan telah dilakukan melalui teknik analisis spektroskopi Pembelauan Sinar-X (XRD), spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS), morfologi Mikroskop Imbasan Pancaran Medan Elektron (FE-SEM), morfologi Mikroskop Elektron Transmisi Resolusi Tinggi (HR-TEM), graf jerapan-nyahjerapan gas nitrogen isoterma (BET), data Plasma Gandingan- Spektroskop Jisim (ICP-MS) dan spektroskopi Transformasi Fourier Infra Merah (FTIR-ATR). Aktiviti pemangkinan Pd/FTO telah diuji melalui tindak balas penggandingan silang Suzuki, Heck dan juga penurunan 4-nitrofenol kepada 4-aminofenol. Kepekatan optimum Pd/FTO dalam tindak balas Suzuki (0.1 mmol% Pd) dan Heck (5.0 mmol% Pd) memberikan peratus hasil terpencil yang sama, iaitu sebanyak 96%. Pd/FTO menunjukkan prestasi yang lebih baik bagi tindak balas Suzuki yang dilakukan di dalam pelarut media air (H2O) berbanding DMF (70-96%) dengan masing-masing mencatatkan peratus hasil terpencil maksimum sebanyak 96% dan 93%. Selain itu, tindak balas Suzuki dimangkinkan Pd/FTO lebih efektif dengan menggunakan gelombang mikro berbanding dengan kaedah pemanasan konvensional yang memberikan peratus hasil terpencil yang tinggi (98%) dan masa yang lebih singkat (30 min). Pd/FTO juga menunjukkan prestasi yang baik dalam tindak balas Heck yang memberikan peratus hasil terpencil 75-96% dengan menggunakan aril halida yang berbeza. Seterusnya, Pd/FTO sebanyak 0.00055 mmol juga menunjukkan aktiviti pemangkinan yang tinggi terhadap penurunan 4-NP yang memberikan kadar tindak balas ialah 1.776 min-1 dan nilai TOF sebanyak 29.1 h-1. Selain itu, Pd/FTO juga menunjukkan aktiviti pemangkinannya yang tinggi dan mencapai 6 kitaran, dengan peratus penukaran melebihi 90%. Dapatan kajian ini menunjukkan FTO yang digunakan sebagai penyokong mangkin Pd mempunyai prestasi aktiviti pemangkinan yang tinggi terhadap tindak balas penggandingan silang Suzuki, Heck dan penurunan 4-NP. Mangkin Pd/FTO menunjukkan aktiviti pemangkinan yang lebih baik dengan menggunakan kaedah pemanasan melalui gelombang mikro berbanding dengan kaedah pemanasan konvensional. Selain itu, mangkin Pd/FTO juga mempunyai aktiviti pemangkinan yang lebih baik dalam tindak balas Suzuki-Miyaura dengan menggunakan media air daripada media dimetilforamida (DMF). Prestasi logam Palladium yang diisitepu ke atas penyokong FTO yang baik dan teguh menunjukkan bahawa mangkin Pd/FTO mempunyai masalah kelarutresapan yang minima dan juga sifat kebolehulangan yang tinggi.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tin oksida terdop fluorin (FTO) | |
dc.subject | Heterogen logam Palladium (Pd) | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penyediaan mangkin heterogen palladium disokong tin oksida terdop fluorin (FTO) bagi tindak balas suzuki, heck dan penurunan 4-nitrofenol | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 138 | |
dc.identifier.barcode | 004750(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120021+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.