Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462690
Title: Kepelbagaian spesies, biojisim dan nilai ekonomi dalam dua plot di Hutan Simpan Lepar dan Hutan Simpan Tersang, Pahang
Authors: Mohd. Ridza Awang (P24593)
Supervisor: Abdul Latiff Mohamad, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Forest reserves -- Economic aspects -- Pahang
Forest biomass - Pahang
Hutan Simpan Lepar
Kuantan
Hutan Simpan Tersang
Raub
Universiti Kebangsaan Malaysia - Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jan-2005
Description: Suatu kajian untuk menilai kepelbagaian spesies, biojisim atas tanah dan nilai ekonomi pokok telah dijalankan di Hutan Simpan Lepar, Kuantan dan Hutan Simpan Tersang, Raub, Pahang. Plot kekal berukuran 100m x 100 m (1 ha) setiap satu telah didirikan di dua kawasan yang berkenaan. Plot kajian selanjutnya telah dibahagikan kepada 100 subplot berukuran 10 m x 10 m setiap satu. Bancian ke atas pokok berukuran >5 cm diameter pada paras dada (DBH) telah dijalankan pada kesemua 200 subplot, manakala bancian ke atas tumbuhan berukuran <5cm DBH tetapi >15 cm tinggi telah dijalankan hanya pada 20 subplot(0.2 ha) terpilih sahaja. Sejumlah 2324 pokok berukuran >5 cm DBH telah ditanda, diukur dan dicamkan, manakala sejumlah 9286 individu tumbuhan berukuran <5 cm DBH tetapi >15 cm tinggi telah ditanda dan dicamkan dalam kajian ini. Daripada sejumlah 2324 pokok berukuran >5 cm DBH yang diperolehi, sebanyak 1037 pokok dicatat dalam plot di Hutan Simpan Lepar berbanding dengan 1287 pokok di Hutan Simpan Tersang. Secara keseluruhannya, sebanyak 413 spesies dengan 193 genus dan 64 famili telah disenaraikan dalam plot kajian 2 ha. Plot Hutan Simpan Lepar mencatatkan 261 spesies, 152 genus dan 57 famili berbanding dengan 291 spesies 150 genus dan 51 famili di Hutan Simpan Tersang. Didapati kepelbagaian spesies bagi kedua-dua plot kajian adalah tinggi di mana Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H') yang diperolehi bagi plot Hutan Simpan Lepar dan Hutan Simpan Tersang adalah masing-masing sebanyak 5.05 dan 5.21 berbanding dengan nilai maksimum Indeks Kepelbagaian Shannon-Wiener (H max) yang boleh didapati bagi setiap plot tersebut iaitu masing-masing sebanyak 5.56 dan 5.67. Biojisim atas tanah yang diperolehi bagi kedua-dua plot kajian pula berbeza sebanyak 16 dengan 399 t/ha dianggarkan bagi Hutan Simpan Lepar dan 383 t/ha badi Hutan Simpan Tersang. Famili Dipterocarpaceae yang terdiri daripada 7 genus dan 20 spesies merupakan penyumbang biojisim terbesar iaitu sebanyak 173 t/2ha atau sebanyak 22% daripada keseluruhan nilai biojisim. Sementara itu. sebanyak 635 pokok yang berukuran >15 cm DBH bagi kedua-dua plot kajian telah diambilkira untuk pengiraan nilat stumpej. Jumlah isipadu kayu bagi kesemua pokok terbabit adalah 351.8 m3 dengan anggaran nilai stumpej sebanyak RM70,913 iaitu RM36,551 /ha bagi plot di Hutan Simpan Lepar dam RM34,362/ha di Hutan Simpan Tersang Nilai stumpej yang lebih tinggi diperolehi bagi plot di Hutan Simpan Lepar walaupun mempunyai jumlah individu keseluruhan yang lebuh rendah berbanding dengan plot di Hutan Simpan Tersang adalah disebabkan oleh bilangan individu yang berukuran >15 cm DBH yang lebih banyak serta mempunyai kandungan spesiaes berpasaran yang lebih baik. Famili Dipterocarpaceae telah menyumbang sebanyak 44.6% (RM31,607)daripada keseluruhan nilai stumpej. Nilai ekonomi hutan yang diperolehi secara keseluruhannya adalah sederhana tinggi dan munasabaha jika dibandingkan dengan hasil kajian di kawasan-kawasan lain memandangkan kawasa kajian pernah dibalak sebekum ini. Sementara itu, daripada sejumlah 9286 individu tumbuhan berukuran <5 cm DBH tetapi >15 cm tinggi yang diperolehi dalam kajian ini, sebanyak 6050 individu telah diperolehi dalam plot Hutan Simpan Lepar yang terdiri daripada 231 spesies, 162 genus dan 72 famili, manakala 3236 individu telah diperolehi dalam plot Hutan Simpan Tersang yang terdiri daripada 241 spesies, 156 genus dan 63 spesies. Secara keseluruhannya sebanyak 67 spesies atau 28% daripada jumlah spesies dalam plot 0.1 ha di Hutan Simpan Lepar sebanyak 57 spesies (22%) dalam plot 0.1 ha di Hutan Simpan Tersang didapati mempunyai nilai perubatan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 331
Call Number: SD657.M4M847 2005 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120006+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.