Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462687
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoraini Talip, Dr.
dc.contributor.authorNoor Solihani Shamsuddin. (P46737)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:53Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:53Z-
dc.date.issued2012-07-05
dc.identifier.otherukmvital:119561
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462687-
dc.descriptionKajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas 24 spesies daripada 6 genus iaitu Coelostegia (3 spesies), Durio (17 spesies), Bombax (1 spesies), Kostermansia (1 spesies), Ochroma (1 spesies) dan Pachira (1 spesies) daripada famili Malvaceae Subfamili Helicteroideae dan Bombacoideae (atau Bombacaceae s.s.) Kajian ini dijalankan untuk mengkaji ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pengecaman dan juga dijadikan data sokongan dalam pengelasan. Kaedah yang digunakan melibatkan siatan epidermis bagi menentukan ciri anatomi epidermis daun, kaedah penjernihan bagi melihat ciri peruratan dan kaedah hirisan mikrotom gelongsor bagi cerapan ciri anatomi petiol, tulang daun, lamina dan tepi daun. Kaeadah cerapan epidermis adaksial dan abaksial daun di bawah mikroskop imbasan elektron Philips XL Series XL 30 digunakan untuk kajian mikromorfologi. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi dan persamaan dalam ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan, pengecaman dan pengelasan spesies dan juga genus. Ciri sepunya bagi semua spesies kajian ialah kehadiran sel musilaj, kehadiran trikom dan stomata pada semua spesies kajian. Variasi ciri anatomi dan mikromorfologi daun antara spesies kajian ialah corak ornamentasi kutikel dan jenis lilin, jenis trikom, struktur stomata di bawah mikroskop imbasan cahaya dan mikroskop imbasan elektron, kehadiran bintil ketuat dan hablur, corak berkas vaskular, bentuk luaran petiol dan tulang daun, kehadiran salur musilaj, sel musilaj, lapisan hipodermis, sel parenkima dan sel sklerenkima, peruratan tepi dan tengah lamina daun dan juga ciri anatomi epidermis daun di bawah cerapan menggunakan mikroskop cahaya. Genus Bombax boleh dibezakan dengan genus lain melalui jenis trikom, bentuk luaran tulang daun dan petiol. Genus Coelostegia dapat dibezakan daripada genus lain melalui kehadiran trakeid membengkak pada peruratan daun, bentuk luaran petiol dan tulang daun. Genus Durio pula dapat dibezakan melalui corak dinding antiklin permukaan epidermis abaksial dan kehadiran floem interxilari pada petiol. Genus Kostermansia menunjukkan ciri kehadiran stomata yang tersusun secara berkelompok membentuk susunan roset di bawah trikom lepidot dan kehadiran sel epidermis atau sel subsidiari merangkum stomata membentuk rabung nipis mengelilingi stomata. Genus Ochroma pula menunjukkan kehadiran trikom kelenjar kapitat yang sangat padat pada permukaan adaksial daun manakala genus Pachira pula mempunyai corak dinding antiklin abaksial membentuk unjuran papila pada keseluruhan permukaan epidermis daun. Manakala ciri diagnostik yang ditemui dalam kajian ini ialah kehadiran kelompok sel sklerenkima pada bahagian adaksial tulang daun Bombax anceps, sel brakisklereid hanya ditemui pada petiol Durio grandiflorus dan bentuk luaran petiol Pachira aquatica yang mempunyai cuping. Kesimpulannya hasil kajian berjaya membuktikan bahawa ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi untuk pengecaman, pembezaan dan pengelasan di peringkat spesies dan genus.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMikromorfologi
dc.subjectAnatomi
dc.subjectMalvaceae
dc.titleAnatomi dan mikromorfologi daun beberapa genus terpilih daripada malvaceae subfamili helicteroideae dan bombacoideae (atau bombacaceae s.s)
dc.typetheses
dc.format.pages406
dc.identifier.callnoQK495.M27N645 2012 tesis
dc.identifier.barcode003084 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119561+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
684.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.