Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462686
Title: Kesan logam pengisi terhadap taburan liang kimpalan aluminium AA6061
Authors: Muhammad Faizol Ahmad Ibrahim. (P47346)
Supervisor: Azman Jalar, Prof. Madya Dr.
Keywords: kimpalan aluminium
Welding
Issue Date: 17-May-2012
Description: Kimpalan adalah proses utama yang digunakan bagi menyambung logam serta memperbaiki barang yang diperbuat daripada logam. Walaubagaimanapun, liang adalah satu ketidakselanjaran yang hampir tidak boleh dielakkan dalam kimpalan terutama kimpalan aluminium. Ketidakselanjaran liang yang wujud dalam kawasan kimpalan ini akan mengurangkan kekuatan kimpalan. Kajian ini memfokuskan tentang kesan logam pengisi yang berlainan terhadap taburan liang di dalam kimpalan aloi aluminium AA6061 menggunakan proses kimpalan arka logam gas. Voltan arka dalam julat antara 21 hingga 22 V digunakan untuk menyambung plat jenis temu V tunggal yang berketabalan 6 mm. Dua logam pengisi yang berbeza iaitu ER4043 dan ER5356 dipilih dalam proses kimpalan ini. Komposisi unsur logam pengisi dianalisis menggunakan spektrometer penyerapan atom. Taburan liang di dalam kawasan kimpalan dicerap dengan menggunakan mesin Sinar-X. Bentuk liang dianalisis pada imej kawasan kimpalan yang dicerap menggunakan mikroskop metalurgi. Peratusan kawasan liang dan 'diameter' liang dianalisis menggunakan perisian analisis imej pada imej 2-D. Liang di dalam kawasan kimpalan yang menggunakan logam pengisi ER5356 tertabur pada sisi dan di pinggir kawasan kimpalan. Liang di dalam kawasan kimpalan yang menggunakan logam pengisi ER4043 tertabur di tengah-tengah kawasan kimpalan. Peratusan kawasan liang di dalam kawasan kimpalan menggunakan logam pengisi ER5356 adalah anggaran 12%. Peratusan kawasan liang di dalam kawasan kimpalan menggunakan logam pengisi ER4043 adalah lebih tinggi iaitu anggaran 24%. Terdapat ketidakpastian pada analisis liang menggunakan imej 2- D. Liang bersaiz kecil dan besar wujud di dalam kedua-dua kawasan kimpalan menggunakan logam pengisi ER5356 dan ER4043. Liang bersaiz kecil dan besar di dalam kimpalan menggunakan logam pengisi ER5356 tertabur secara rawak di dalam kawasan kimpalan. Liang bersaiz kecil di dalam kimpalan menggunakan logam pengisi ER4043 tertabur di pinggir kawasan kimpalan dan liang bersaiz besar tertabur di tengah kawasan kimpalan. Analisis mikrostruktur dan unsur logam pengisi ER5356 dan ER4043 menunjukkan terdapat perbezaan taburan, bentuk dan saiz liang di dalam kawasan kimpalan. Proses pemejalan logam pengisi di dalam kolam kimpalan berlaku dua kali adalah akibat dari teknik kimpalan tunggal dengan dua lapisan kimpal. Pemejalan dua kali ini mempengaruhi perbezaan morfologi dan taburan liang di dalam kawasan kimpalan. Logam pengisi ER5356 dengan 5%Mg dan ER4043 dengan 5%Si dipercayai memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi taburan dan morfologi liang dalam kimpalan aluminium AA6061.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 92
Call Number: TS227.6.M834 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119559+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
743 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.