Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462684
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Mokhtar Wan Yusoff, Prof-
dc.contributor.authorJahwarhar Izuan Abdul Rashid (P48931)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:09:52Z-
dc.date.available2023-09-25T09:09:52Z-
dc.date.issued2012-08-09-
dc.identifier.otherukmvital:119548-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462684-
dc.descriptionParameter-parameter kepekatan saiz inokulum (1x104-1x1010 spora/mL) dan medium pH (4-8) untuk penghasilan enzim mannanase menggunakan hampas isirung kelapa sawit (PKC) sebagai substrat telah dioptimumkan dengan kaedah sambutan permukaan (RSM). Nilai optimum untuk penghasilan mannanase diramalkan pada kepekatan saiz inokulum 1x107 spora/mL dan medium pH 5.5. Nilai jangkaan aktiviti mannanase (10.13 U/g) adalah hampir kepada nilai sebenar (9.97±1.34 U/g). Empat daripada 19 sumber medium nitrogen, Soya Bean, Proteose Peptone, Urea dan NH4NO3 di dapati memberikan kesan positif terhadap penghasilan enzim mannanase menggunakan reka-bentuk Plackett-Burman. Sumber nitrogen pada kepekatan 1% (g/g) urea dan 0.5% (g/g) proteose peptone memberikan penghasilan mannanase sebanyak 32.60 U/g. Hasil daripada kelalang Erlemenyer 250 mL diuji dalam bioreaktor prototaip SSF. Kadar pengudaraan 3 l/min (0.3 vvm) memberikan penghasilan enzim mannanase optimum sebanyak 17.81±4.44 U/g tetapi 1.69 kali ganda lebih rendah berbanding penghasilan enzim mannanase dalam kelalang Erlemenyer pada tempoh masa 96 jam. Keadaan optimum untuk pengekstrakan enzim menggunakan ragam baru ini dalam bioreaktor prototaip SSF dicapai apabila menggunakan pelarut 10% gliserol (i/i) dengan nisbah substrat terhadap pelarut, 1:5 (b/i) selama 10 jam memberikan pemerolehan enzim mannanase (23.2±0.83 U/g), aktiviti mannanase. Proses pengekstrakan enzim di ulangi menggunakan pelarut 10% gliserol (i/i) memberikan pemerolehan enzim mannanase sebanyak 10.54±0.93 U/g dan 0.32±0.01 U/g untuk ulangan kali kedua dan ketiga. Aktiviti enzim mannanase kasar maksimum dicapai pada pH 5 dan suhu 50°C dengan nilai aktiviti 24.77 ±3.45 U/g menggunakan kaedah RSM. Enzim mannanase kasar Aspergillus terreus SUK-1 menunjukkan kestabilan pada suhu 40°C, 45°C dan 50°C dengan mengekalkan 100% aktiviti mannanase selama satu jam. Enzim mannanase A. terrreus SUK-1 sangat stabil pada banjaran pH (4-6) dan dengan kehilangan 23% aktiviti mannanase kasar apabila didedahkan pH (7-9) selama 120 minit. Tindak balas hidrolisis mannanase kasar A. terreus SUK-1 dan enzim komersial, CTCZYME terhadap substrat PKC dan sisa kelapa pada suhu 50°C, pH 5, 10% substrat dan 40 unit aktiviti enzim dikaji. Tindak balas hidrolisis mannanase komersial CTCZYME terhadap PKC menghasilkan lebih 12.4% gula penurun mannosa (1000±65 mg/g) berbanding penggunaan mannanse kasar A. terreus SUK-1 selepas 24 jam. Berbanding PKC, substrat sisa kelapa memberikan penghasilan kandungan gula penurun mannosa yang terbaik bagi mannanase kasar A. terreus SUK-1 dan CTCZYME yang masing-masing memberikan 1023±56 mg/g dan 1245±78 mg/g.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFermentasi substrat pepejal-
dc.subjectSolid-state fermentation-
dc.titlePengoptimuman proses fermentasi substrat pepejal (SSF) untuk penghasilan enzim mannanase oleh aspergillus terreus SUK-1-
dc.typetheses-
dc.format.pages113-
dc.identifier.callnoTP248.25.S64J336 2012 tesis-
dc.identifier.barcode003078 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119548+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.